Saturday, December 31, 2011

KRS di penghujung 2011

Barisan Peserta bersama pengurusan Neo Sinergi Training Center
Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim,

    Sengaja dibesarkan gambar di atas supaya tiada yang komen 'Tak Nampak!'

    Alhamdulillah aduh agak terlambat untuk berkongsi cerita sehinggakan data pasal  Kenangan KRS ni pun semakin kabur.Tapi tidak mengapa disebabkan ingin berkongsi cerita mengenai KRS untuk anda,Mabaj cuba untuk kongsikan bersama...(aik!!!bukan Renungan Bersama?..hehe..)

     Hm...3 hari Mabaj di Kem Batu Pecah Manong,Perak bermula dari 23 - 25 disember 2011.Pada kem kali ini Mabaj dah naik jawatan yelah dahuluku hanya ditakdirkan menjadi peserta ....tapi bukan sebarangan peserta tau sebab Mabaj merupakan antara peserta pertama Kem KRS ketika kali pertama dianjurkan.Kini alhamdulillah menjadi fasilitator untuk program yang pernah Mabaj sertai.

    So apa lagi memang berkongsi sakan la ketika bersama dengan peserta mengenai kenangan lama dalam Kem KRS dulu.Apapun tujuannya bukan untuk nak riak ke atau apa hanya sekadar memberi semangat kepada adik-adik dalam Kem ni supaya berfikiran positif bila hadir ke Kem ni.

    Yalah,umumnya kita tahu kalau satu kem itu dianjurkan secara umum sudah tentu umum juga latar belakang peserta.Ada yang dipaksa,dirayu,dan lebih baik sukarela sahaja..hm..bagus teruskan!






    Apa yang ingin Mabaj Kongsikan Kem kali ni memang berbeza dari Kem lepas,aktivitinya lebih mencabar dan yang pasti memang menyeronokkan walaupun sebagai fasilitator.

    Bagi Mabaj,mereka yang hadir sebagai peserta ini perlu bersyukur kerana dipilih oleh Allah untuk menghadirkan diri ke Kem ini.Maklumlah bulan 12 pelajar sekolah masih lagi bercuti sehinggakan ada yang tidak tahu lagi apa yang perlu diisi dengan masa lapang yang mereka ada.

    Berapa ramai sahabat-sahabat mereka yang ketika ini menghabiskan masa dengan melepak,bergoyang kaki,menonton tv,bermain game dan bermacam lagi...kalaulah mereka sedar adakah pahala mereka sedang bertambah?

    Dalam Kem ini,Para peserta termasuklah diri ini merasakan bahawa betapa beruntungnya kerana dapat bersama walaupun banyak sahaja kerja dunia yang perlu dilaksanakan di luar.

    Hal dunia memang secara lumrahnya tidak pernah ada titik noktahnya maka kita sebagai manusia yang memiliki nikmat paling besar yakni akal perlu bijak memilih serta menguruskan masa dengan baik berteraskan niat segalanya kerana Allah.

    Kami bersama dapat mendengar peringatan dalam pengisian ceramah dari seorang Dr. perubatan yakni Dr.Haji Muhammad Hizul Azri yang merupakan penceramah bebas dalam NSTC dan penasihat Sinergy Media.Setiap waktu lapang,peserta dilatih supaya membaca Al-Quran agar setiap masa kita menjaga hubungan dengan Allah yang dikasihi.

    Berikut merupakan sedikit galeri kenangan Mabaj bersama para peserta :


Pesanan daripada Kem Komanden sebelum aktiviti Outdoor (War Game)
 
Aktiviti lasak 'Siapa Kuat'

Operasi Burung Hantu
     
Slot 'Apa Target Saya'



    Semoga KRS tahun hadapan bakal disertai lebih ramai lagi golongan muda...JOM!!!

Surah Al - Asr :

'demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali orang-orang  yang beriman dan beramal salih dan berpesan dengan kebenaran,dan berpesan dengan kesabaran.'

Tuesday, December 20, 2011

AnDa Tak TiPu tetapi AnDa DiTiPu

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirahim,

     kau pukul je dia tuh,kalau x kau juga yang tension!!!geram kut tengok die belagak betol!!!

    ~ tapi kita lebih kejam dari Si Laknat itu = bunuh terus ~

    x yah awal sangat solat wei,buat keje kau dulu...

    ~tapi kita lagi derhaka,langsung tinggal dari 1 ke lima-lima waktu!!!~

    cantikkan die tu,baik kau terus terang jumpa die...kau sukakan,supaya hati kau senang

    ~bukan jumpa sekali je,tapi berkali wal hari > gelak2 > eh terpegang pulak > .....

    Alhamdulillah,semalam Mabaj sempat mengadakan tadarus dan ta'lim bersama dengan seorang mad'u dari kolej .Waktu itu bermula selepas kami solat asar di surau .Kami bertadarus bersama bermula dari ayat 23:75 - 24:26 secara berselang-seli.

    Agak lama jugalah kali ni kami bertadarus dan ta'lim sebab kami berpisah pun dalam 7 malam...huhu lamakan?

    Hm...tapi bukan itu yang Mabaj nak kongsikan kali ni,tapi perasan tak petikan-petikan di atas tuh,petikan-petikan ini datangnya dari lisan hamba Allah ini yang turut bersama Mabaj bertadarus tadi!

    Pada asalnya kami bertadabbur bersama kemudian Mabaj mengambil alih untuk menyampaikan sedikit ta'lim untuk perkongsian dan muhasabah diri

    Mabaj meminta mad'u Mabaj menceritakan sedikit pandangan beliau sebagai masayarakat terhadap dunia sekarang lalu dia apalagi mula memulakan langkah untuk berbicara...nafas ditarik dan di hembus kembali lalu tiba pada petikan-petikan ini...

    Beliau berkongsi bahawa :

 `kadang-kadang pelik tau tengok dorang ni buat jahat macam tak rasa bersalah pun...couple,aurat ala kadar,bergaul bebas peliklah!..'


   `bila fikir balik kita ni macam dibodohkan pulak ye lah sebabnya cuba bayangkan...(petikan di atas)...'


    Itulah kebenaran dunia hari ini,kalau nak dibincangkan lagi memang tak tidur la jawabnya.

Dalam surah Al-Mutaffifin,(83:14) allah sendiri dah bagi tahu jawapan nya kenapa dalam dunia ni orang tak rasa bersalah pun dengan apa yang dia buat.

Sekali-kali tidak!Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka

Sedarlah Kita Ditipu

     Dalam Al-Quran memang banyak Allah bercakap dan mengingatkan Hambanya yang disayangi mengenai tugas,matlamat dan penipuan yang dilakukan oleh syaitan.Nah! cuba kita fikirkan kenapalah Alllah membongkarkan biodata,jawatan dan kelemahan diri Si laknat ini kepada kita?

    Anda boleh rujuk dalam al-quran antaranya:

  1. surah al-baqarah (2:169)
  2. surah al-baqarah (2:268)
  3. surah al-az-zukruf (43:36)
  4. surah al-ankabut ( 29:38)
  5. surah an-nahl (16:98)
  6. dan banyak lagi...
    Ramai orang berseronok pergi ke mines,south city,midvalley dan macam-macam lagi kononya tu tempat macam baya-baya kita selaku insan remaja....(em maklumlah stress..yelah tu!) tu lokasi strategik yang biasa dikunjungi pelajar.

    Kalau yang tidak keluar outing pulak sudah tetu tidur merupakan tentatif wajib dalam jadual cutinya,melepak di kedai mamak(kenapa kedai mamak je?) dan macam-macam lagi...

    Cuba kita tanya kembali iri kita kenapa kita memilih untuk melakukan semua ni...kalau dikatakan kita stress:

  • Kenapa perlu ke tempat-tempat seperti di Kuala Lumpur yalah kan tempat-tempat macam tu sibuk
  • Bukan ke penat nak pergi jauh-jauh,kata stres sudah tentu kita penat kan selama 5 hari sibuk ngan belajar?
  • Kenapa tak pilih nak ke Bukit Ekspo(pusat riadah rekreasi di UPM) untuk rehatkan minda,ada tasik kat sana,boleh joging..(hehe)
Em... tulah kan realiti tetap realiti...langkah yang kita ambil tu memanglah betul persoalannya tidak kita rasa sebenarnya menambahkan lagi stress sebab bazir masa pergi berfoya-foya(apa?kita orang bukan foya-foya lah)

Itulah kalau nak memenangakan hati memang bersungguh-sungguh bukan tetapi realiti is realiti,tidakkah kita ingat semula kisah perjanjian Iblis kepada Allah dalam surah al-baqarah (2:34-38)

   Maksudnya,Kita perlu sedar dalam kita seronok memilih selera kita,tidak ketinggalan syaitan itu bersama sokongan nafsu sentiasa berusaha untuk menampakkan indah dimata kita terhadap seuatu yang kita ingin buat

    Dalam kita berasa selesa dengan kita buat sebenarnya kita ini ditipu oleh syaitan kerana disebalik keseronokan itu pahala kita berhenti seketika,ingatan kita kepada Allah secara automatik seperti suis lampu terpadam.Bahkan nauzubillah kemungkinan dosa kita bertambah,hati kita dicat hitam setitik demi setitik.

    Lebih membahayakan lagi ketaatan kita serta kemanisan dalam berbuat kerana Allah itu semakin pudar dan tawar.Astaghfirullahalazim!!!

    Jangan kita lupa wahai sahabatku,berhati-hatilah membawa diri walau dimana kamu berada kerana syaitan itu sentiasa berada dimana-mana sahaja.

     kerana dari pelbagai arah syaitan itu mampu menggoda kamu hatta kamu orang suka baca al-quran ke,kuat fahaman agama ke,solat tunggang terbalik ke atau duduk dalam masjid syaitan sentiasa tahu cara untuk mendekati kamu!

    Kerana apa?Ingatlah sejak Nabi Adam itu dilahirkan lagi shingga sekarang ada sahaja bukan orang-orang yang berjaya dia sesatkan

     Maka banyaklah pengalamannya dalam nak merosakkan umat Muhammad hari ni

     Kalau lah bapa kita Nabi Adam itu berjaya Iblis tipu,tambahan pula di dalam syurga apatah lagi kita yang sembahyang pun entah sempurna,pergaulan entah dijaga?,pandangan merewang kemana-mana dan macam - macam lagi.


    

Friday, December 2, 2011

Idola Kita...MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Sentiasa Bertaqwa


Rasulullah s.a.w sentiasa bertaqwa kepada Allah s.w.t yakni mematuhi segala suruhanNyadan menjauhi segala laranganNya.Sifat taqwa ini penting kerana ia mengangkat pemiliknya ke tahap paling mulia,menyebbkan Allah membuka jalan keluar dari segala kesempitan,murah rezeki dan menyebabkan masuk syurga di akhirat kelak

  Firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya antara kamu." (al-hujurat :13)

"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya),nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar(dari segala yang menyusahkan),serta membarinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka."  ( al-talaq : 2 dan 3)

    Justeru,baginda s.a.w menyuruh uatnya juga hendaklah bersifat taqwa sebagaimana sabdanya :


"bertaqwalah kepada Allah dimana saja anda berada,dan ikutilah keburukan yang telah terlanjur anda melakukanNya itu dengan kebaikan,kerana kebaikan itu dapatmenghapuskan keburukan,dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik."  
diriwayatkan oleh al-tabrani daripada Abu Dzar

Bersifat Beristiqamah

Istiqamah bermakna pendirian  yang teguh dan tetap atas agama Allah dn mengamalkan pengajaranNya.Firman Allah:

 "Oleh itu hendaklah engkau(wahai Muhammad) beristiqamah (yakni sentiasa tetap teguh atas jalan yang betul) sebagaimana yang diperintahkan (oleh Allah ) kepadamu."      
    (surah hud:112)   
    Sifat istiqamah wajib dimiliki oleh setiap individu muslim dan muslimah,iaitu dalam aqidah dan dalam mematuhi titah perintah Allah.Sufyan bin Abdullah al-Thaqafipernah berkata kepada Nabi s.a.w : "Ya Rasulullah katakanlah kepadaku suatu perkataan dalam agama Islam yang tidak akan saya tanyakan kepada seseorang selepas ini"

Baginda menjawab : "katakanlah,'Aku Beriman kepada Allah' kemudian pegang teguh-teguh keimananmu itu."
(rujukan imam nawawi,hadith ar-bain) 

Peranan OrAnG BerIlMu....

Dalam surah ayat : 18,bermaksud kewujudan dan kekuasaan allah diakui oleh para malaikat dan orang yang berilmu pengetahuan.Ilmu itu penting kepada manusia.Setiap orang mukmin wajib menuntut ilmu.Dengan ilmu manusia mengenal Allah.

Orang berilmu memiliki beberapa keistimewaan termasuklah:

  • dapat beramal dan beribadat dengan sempurna
  • dapat membezakan diantara perintah dengan larangan Alllah
  • dapat mengetahui hakikat ketuhanan yang sebenar 
  • ditakuti oleh syaitan melebihi 1000 orang abid
  • dimuliakan oleh masyarakat,memperoleh kebahagiaan hidup dan kedudukan yang tinggi
Ilmu pengetahuan menjadikan masyarakat dan negara bertamadun.Ilmu menjadikan sseorang itu pintar,berwawasan,kreatif dan progresif

Kepentingan Ilmu Pengetahuan

    Begitu banyak sekali kepentingan dan kita semua sendiri turut terasa akan kepentingannya kepada kita.Antaranya:
  1. dapat memperbetulkan akidah,akhlak,dan menyempurnakan pelbagai kerja secara mudah dan berkesan.
  2. Memenuhi tuntutan agama.Hl ini demikian kerana ilmu pengetahuan dapat membantu manusia engenal Allah.
  3. Mengelakkan amalan yang sia-sia di samping menambahkan mutu ibadat  dan mengawal tingkah laku manusia.
  4. Manusia dapat menilai nikat pemberian Allah di samping  menggunakannya secara betul.
  5. Mendorong manusia mengkaji pelbagai kejadian Allah di samping mendorong manusia supaya bersyukur
  6. Menambah keyakinan dan ketakwaan manusia kepada Allah di samping mengelakkan amalan jahiliah dan syirik.
  7. Mmudahkan manusia melaksanakan amanah terhadap Allah,diri sendiri,masyarakat,agama dan negara.
Kelabihan Menuntut ILMU...

Perlu kita ponteng sekolah hanya semata-mata kerana bosan dengan pembelajaran yang sehari-hrian yang sama sahaja seang islam itu menganggap orang yang menuntut ilmu memiliki kelebihannya.Orang yang menuntut ilmu itu diberi beberapa keistimewaan antaranya:

  1. dimudahkan baginya jalan ke syurga
  2. dikasihi dan dirahmati allah
  3. diberi ganjaran sebanyak seribu rakaat solat sunat
  4. diberi ganjaran seperti bersedekah 1000 dinar di jalan Allah
  5. dikira sebagai shahid kecil sekiranya meninggal ketika menuntut ilmu.
karya dipetik,
dari buku pendidikan islam pmr
ustaz uar haji ibrahim.

Berilah Peluang Ya Rabbana !!!!

Resah aku rasakan,

melhat dunia yang pelbagai ragam,
sana sini ada saja yang ketawa riang,
Entah apa yang disukakan?
Aku Tak Tahu!

Apakah masih awal untuk merasakan duka,
seronok menghiburkan hati yang gundah gelana,
melayan nafsu yang bertali barut bersama laknatullah!
benci benar aku dengan si laknatullah,
yang begitu berterusan gigih mencari teman untuk ke neraka,
melemahkan hamba-hambaMu yang mulia.

Aku tahu Ya Allah!
engkau tidak menginginkan ini semua buat mereka,
kerana engkau adalah Yang Maha Pencipta,mencipta dengan sempurna buat hambamu
engkau adalah Yang Maha Penyayang,
tetapi engkau telah berpesan kepada kami,
"tidak akan aku ubah keadaan sesuatu kaum
melainkan dia sendiri mengubahnya".

Hari ini Ya Allah!
Khalifah-khalifahmu mulai angkuh dan riak padamu,
tidak mereka sedar bahawa mereka padamu,
hanya hamba sahaja,
yang hanya tahu merintih dan merayu,
Namun,engkau sering akan terasa dipermainkan oleh buatan ciptaanmu sendiri,

Ya Allah,
kagum diri ini dengan kebesaran dan kekuasaan yang engkau miliki,
tetapterus pemurah pada kami walau terdapat pada kami,
sifat takabbur dan alpa.

Tanpa rasa jemu,
engkau,
terus-menerus mencurahkan rezekimu,
terus-menerus memerhatikan kami,
terus-menerus berlembut dengan kami,
terus-menerus mengampunkan kami,
kerana....engkaulah Yang Maha Mencintai Hambamu,
kalau bukan kau siapa lagi?

Itupun aku masih tertanya-tanya,
tidakkah mereka sedar akan budimu yang ikhlas,
Ya Rabbana?

Apakah masih tidak cukup buat mereka untuk kembali,
bertaubat kepadamu!!!

Aku takut Ya Allah,
mereka akan terus mengetepikan agamamu yang mulia,
al-quranmu yang suci ,
Muhammadmu yang disayangi....

Dari aku yang lemah ini,
bermohon moga jangan engkau azabkan aku dengan azabmu,
berilah kesempatan kepadaku untuk menyelamatkan mereka,
kerana aku sayang mereka!!!!

GamBaran Hari Kiamat


ilustrasi sahaja


Rupa Kiamat - Bacalah, wahai sahabatku semua..kuatkan


 semangat untuk membacenye..


*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir.


 Itu ciri manusia berguna.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Bagaimana Aku DAn dia ???

Bismillahirrahmanirrahim,


    Assalamualaikum sebagai pemula bicara,selunak kata...seronok bukan apabila kita mempunyai ramai rakan taulan ditambah pula dengan kita mula memiliki ramai sahabat baru dalam kalangan kita,syukur kita ini diserahkan sebulat-bulatnya ke hadrat ilahi kerana nikmat yang diberikan ini melimpah ruah sedang nikmat sebelum ini pun kita mungkin lupa untuk syukuri.


   Wahai saudara-saudariku sekalian,


    Hidup ini tidak ubah seperti frasa yang acap kali kita dengar pada halwa telinga kita "hidup ini umpama roda".Bila disebut sahaja 'roda' sudah tentu terlintas pada imaginasi kita bahawa roda itu hitam,bulat dan terdapat pada kenderaan-kenderaan...betul tak?


   Jadi,dengan frasa analogi inilah ingin Mabaj mengajak anda semua merenung semula perjalanan hidup kita semua,dahulu kita pernah rasa kesunyian iaitu ketika kita masih dalam proses membesar dan ditiupkan roh...kita memberontak di dalam kandungan ibu tercinta kita dek kerana rimas dengan ruang dan kesunyian  yang sudah tentu membosankan kita lalu akhirnya kita diizinkan untuk 'register' ke Duniawi berdokumenkan tangisan dan tali pusat.


   Itu ketika kita sedang mendaftar di dunia...saban hari dunia semakin berubah seiring dengan lumrah kehidupan,kita juga semakin matang  dengan perkembangan era zaman serba moden.Lihatlah betapa banyaknya nikmat Allah yang terus-menerus membanjiri dalam hidup kita.


   Selagi umur kita panjang bermakna rezeki kita masih ada di muka bumi ini,jadi mengapa kita harus kecewa dengan susunan kehidupan yang telah Allah tetapkan?Yakinlah dirimu kepada allah 100% sebagai mana satu lagu dangdut Mas Idayu 'cintaku 100 persen'.kata Allah dalam surah Al-Baqarah (2:153)berdoalah kepadaku dengan sabar ....


    Semakin kita perhatikan kehidupan ini,perasan atau tidak kehidupan itu pasti semakin mencabar...itulah pentingnya memiliki sahabat/kawan tambahan pula jika kita berada di suatu tempat yang baru.Namun, itu juga sebenarnya bergantung kepada jenis kawan yang kita pilih,andai kata kita memilih kawan yang betul insyaAllah kita dapat mengharungi cabaran  yang dahulunya sukar bagi kita kini berubah menjadi mudah sahaja




Saudari-Saudara sekalian,


    kadang kala roda yang berputar sendiri pun boleh di ubah warna dan jenis mengikut kesesuaian tempat apatah lagi  jika tidak berhubung dengan rakan-rakan lama,kita mungkin boleh berubah sekelip mata dengan keadaan suasana yang mendesak kita untuk berubah.


    Pada pandangan kita,kita sendiri mengaku kita mampu menjaga diri kita apabila pergi ke tempat yang baru,ataupun langsung tidak mengendahkan....Semua orang ingin hidup bebas dan berseronok tambahan kita ni pula remaja...remaja kata orang bersifat ingin mencuba yang tinggi...hinggakan kalau x dapat melakukan kehendak nafsu boleh bertukar sifat tersebut menjadi dendam....lalu bertindak di luar kawalan manusia.


kalau nak mengamuk habis semua benda disekeliling ingin dia hempas dan baling,
walaupun benda yang ingin dia lakukan itu hukumnya berdosa,tetap ingin juga dia lakukan,


    'sampai sana jangan banyak main,kacau anak dara orang tau...belajar rajin-rajin....pastikan pointer tinggi,mak taknak kau melencong la ape la...'


    Hm....rasanya statement ni selalu berulang dalam hidup  kita di saat-saat kita nak menyambung pelajaran.Betulkan?


    Nah!!ini menunjukkan walau dimana kita berada, teman yang baik harus ada di sisi kita lebih baik lagi baik yang berilmu dan terserlah keimanannya bukan yang malu beramal.Teringat pula kata-kata Saidali Ali Karramallah Hu Wajhah :


Jika kamu berkawan dengan tukang besi buruk,maka kamu juga akan dapt habuannya iaitu baju kamu turut akan kotor ,
Jika kamu berkawan dengan tukang penjual minyak wangi,maka kamu juga akan dapat habuannya iaitu kamu juga turut berbau wangi.


    Kata-kata ini membenarkan perkara yang berlaku dalam reliti masyarakat kita,sungguh dunia ni penuh muslihat yang mengancam keimanan kita.Kita tidak akan mampu untuk berdepan dengan dunia yang semakin rakus merosakkan iman malah akidah manusia,dimana dia sahabat-sahabat kita yang boeh mengingatkan kita akan Allah dan agama???


    Umum kita sudah tahu semua orang ada tanggungjawab sendiri,matlamat diri dan masalah sendiri tapi bukan bermaksud kita peru pentingkan diri,kejayaan itu harus dicapai dan bagi yang telah mencapainya pastikan ia adalah hasil yang berkat.






 


     Tidak bermakna kalau kita berjaya 4 flat sekali pun tetapi tidak membimbing kawan supaya dekat dengan Allah




  • Man,bangun solat subuh....
  • jom study sama-sama kat library nak ?
  • tak pe man,aku tahu sebenarnya pointer kau rendahkan,jangan malulah...aku faham,semua yang kita nak...
    
    Agak-agak  semua yang membaca,statement mana yang selalu kita praktikkan atau kita dengar dari kawan kita?Stabas dan tahniah bagi mereka yang hatinya mengangguk dialah antara orang itu...

    Sahabat,indahnya hidup saling ingat mengingat,antara faktor remaja hari ni ramai yang menyimpang ke simpang serong kerana mereka tiada teman yang ikhlas ingin membimbing mereka.Benar,mereka pasti marah kalau kita ingatkan dia sembahyang,tegur jangan couple...tapi kenyataannya syurga bukan untuk kita sahaja sahabatku bahkan untuk mereka...kita hamba yang tidak lari dari kelalaian.

Petikan dari Facebook yang pernah ku kongsikan bersama:

Ramai orang sentiasa berfikir di takuk(hal/perkara) lama,tidak semstnyai apabila kita bertemu dengan kawan lama dia masih dengan sikapnya yang terdahulu...setiap manusia pasti akan berubah dan sentiasa berubah...maka apa yang perlu kita laksanakan: perbaiki diri kita sendiri yang sebenarnya kita masih di takuk lama yang tidak mengubah diri.

Jangan kita emosional dengan perubahan sahabat kita


bahkan hargai dan contohi dia.
     
     Oleh itu,renungkanlah kembali...perjalanan hidupmu....dimana kawan-kawan lama kita sewaktu tadika dan sekolah dahulu?adakah mereka seperti dahulu yang aku kenal?Doakanlah semoga sahabat kita terus berada di dalam islam dan ingat pad Ilahi....









   
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...