Saturday, July 9, 2011

Sajak buat sahabat seperjuangan



Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.


Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.


Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.


Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.
jadilah sahabat yang baik…
Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Binalah nilai seorg sahabat yg baik..
karya,
ikhwahku,
hafiz siri

dunia sebenarnya memerlukan kita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Rezeki Terletak Pada Ilahi

    Kagum MABAJ lihat kesungguhan makcik 'Cleaner' dan kak Cleaner menyapu dan mengemop lantai,Pada wajah mereka terlintas di fikiran MABAJ inilah rezeki yang terbaik buat mereka sebagai mana tercatat di lauh mahfuz.
    Firman Allah dalam surah Ar-ra'd (13:39) :
'Allah menghapus dan menetapkan apa yang dikehendaki.Dan disisinya terdapat Lauh Mahfuz.'


Pada mereka pernah terasa penat,letih,bosan dan pelbagai lagi tetapi ternyata itulah manusia normal yang inginkan kehendak mereka diikuti namun Yang Maha Mengetahui lebih tahu apa yan terbaik untuk kita.Syukur kita kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk belajar hingga ke peringkat  menara gading bagi yang masih belajar,bersyukur bagi mereka yang berpeluang untuk bekerja sebagai ahli profesional seperti doktor,peguam,pegawai bank,jurutera,arkitek dan pelbagai lagi yang akhirnya merasai hasil titik peluh sendiri berkorban sewaktu dahulu untuk mencapai cita-cita.

Hidup Bukan Disuruh Jadi Tuan Besar Di BUMI-NYA
 Walau apapun kita pada hari ini,syukurlah keada Ilahi kerana masih menerima Islam dan sentiasa dekat pada Nya.Kita telah tahu bahawa tujuan setiap hamba Allah itu dilahirkan ke dunia adalah hanya untuk beribadah kepada Allah.Berbalik cerita tadi,Golongan seperti mereka(Cleaner-cleaner) ini sudah tentu Allah sediakan pelbagai ujian buat mereka  untuk menguji sejauh mana mereka ini ikhlas dan bersungguh kerana Allah.

    Ketika di dalam kelas sudah tentu tujuan kita adalah untuk belajar bukan? takkan melipat kain?Jika kita bersungguh-sungguh sahaja akan dapat hasilnya kelak iaitu ketika keluar keputusan.Analogy ini samalah juga dalam perjalanan kehidupan kita Allah meletakkan kita di muka bumi ini untuk menguji sejauh mana kita ini benar-benar ikhlas kepadanya dalam aspek pergaulan,perbuatan,niat dan pemikiran lalu akhirnya dengan janji Allah kita akan dipertemukan  di yaumul mahsyar untuk dihisab oleh Allah sendiri secara individu.

Itulah realiti kehidupan

    Hari ini siapa tidak usaha,bangkit,bersungguh-sungguh atau takut bersaing maka mereka akan ditinggalkan dihanyut dengan keinginan nafsu yang hanya tahu merehatkan diri sahaja. Maka,kini MABAJ sedang bekerja untuk membangkitkan semangat dalam meneruskan perjuangan kehidupan sebagai pengembara ilahi yang sedar siapa diri ini kepada ALLAH!!Namun,setiap langkah yang bakal kita mulakan sudah tentu tidak akan semudah ABC,seringan kapas,sesenang orang berdriver kerana ujian Allah itu berbeza-beza sebagai ana termaktub dalam Al-Quran surah al-baqarah ayat 286 tetapi semua perkara menjadi mudah kita mengikuti perintah Allah dan sentiasa menjaga iman kerana iman ini jugalah yang bakal bersama kita hingga bertemu dengan Sang Pencipta itu.

    Sudah 2 minggu  MABAJ berkhidmat sebagai Sales Assistant di salah satu pusat membeli-belah di Kajang dan sudah tentu pelbagai ragam masyarakat kini sudah MABAJ lihat.Benarlah bahawa Tidak Ada Alasan Untuk MAbaj Meninggalkan Dakwah...

eh????MABAJ nak keluar dari jalan dakwah ke?Bosan dengan kehidupan sebagai Daie ke?.....BUKANNNNNNNNNNNNNNNN!!!!!!

    Pernh terlintas di hati MABAJ sebelum bekerja,sepanjang merehatkan diri di rumah tersa pada kudrat ini sampai bila bisa aku bertahan untuk terus dekat Padanya tanpa ada usaha untuk Agamanya?Semangat MABAJ semakin luntur untuk agama Yang Maha Agung.Statistik

    Mutabaah semakin menurun,mulut semakin kurang bersuara mengenai agama,fikiran lebih banyak disajikan dengan Game,khayalan,rehat....rehat....dan rehat.Sehinggakan Murobbiku risau dengan result Mutabaah ku setiap minggu lalu.Solat jemaah,baca Al-Quran di rumah,sunat dhuha,tulis blog dan memantau perkembangan sahabat dirindui semakin mual dilakukan bukan kerana boring,tetapi kerana disekeliling dikelilingi dengan kesenangan yelah duduk di rumah bila-bila boleh buat sebagai contoh semua mutabaah boleh dibuat bila-bila sahaja kerana tidak disibukkan dengan perkara lain.Maka usaha diri untuk iman dan islam pun turut merudum kerana tidak berusaha melaksanakan dengan bersungguh-sungguh. dek kerana kelapangan masa yang disalah gunakan.


Bangkitlah Mujahid Yang Perkasa!!!

    Oleh itu,daku bangkit setelah sedar akan kejatuhan iman diri ini,rupanya daku ini perlu keluar  dari kepompong kemalasan untuk meningkatkan iman dan ketaqwaaanku kepada Allah.Justeru itulah MABAJ mengambil langkah terbesar iaitu dengan bekerja untuk menjawab persoalan diri yang sentiasa terngiang-ngiang di fikiran: 


Dunia ni sudah cukup selamat ke untuk aku nak berehat????

    Alhamdulillah wa syukurillah akhirnya persolan ini terjawb sudah dn kini MABAJ sedar AKU tidak boleh BEREHAT LAGI!!
    Rupanya masyarakat hari ini bertambah teruk dan semakin tidak bersalah dalam setiap kesalahan yang mereka lakukan tambahan pula di tempat kerja.Antara gelagat yang perlu MABAJ tempuh ialah remaja yang ponteng sekolah,couple bersepah sana sini,pergaulan yang tidak terbatas sehinggakan MABAJ sendiri terkena tempiasnya,nak tunjukkan kepada MABAJ  inilah kesan agaknya kalau tidak bertindak dari awal untuk pelihara iman.

MABAJ pegang kata-kata yang lahir dari hati :  

Dakwah tidak akan berkembang jika kita
  • mengharap mereka mencari hidayah Allah sendirian.
  • tidak mendekati meraka dahulu
  • mendalami jiwa mereka
  • tidak ketuk pintu hati mereka 
Ayuh...dekati mereka!!!    

    Sejak bertembung dengan mereka,iman ku tidaklah semakin lemah,pudar mahupun kurang bahkan mereka menjadikan aku semakin ingin beristiqamah kembali mendekatimu Yal Ilahi,Alhamdulillah kini mutabaah ku semakin meningkat dan terasa amalan yang ku laksanakan kini terasa manisnya dan dekatnya aku kepada PENCIPTAKU....

    Pelbagai latar belakang yang ku ketahui setelah berkenalan dengan mereka,lahir di hati yang comel ini untuk mendekati,mengenali dan membimbing merek secara DAKWAH FARDHIYYAH sebagai mana disarankan  oleh penulis buku ini Dr.Sayid Muhammad Nuh.Biarlah mereka tidak kenal identiti kita,matlamat kita,sasaran kita mahupun niat kita kerana suatu hari nanti mereka pasti tahu
SIAPA KITA  buat MEREKA!!

    Ayuhlah wahai sahabatku sekalian,bangkitlah  dari tidurmu,rehatmu,khayalan dan duniamu,mereka bukan tidk mahu kepada kita bahkan mereka sebenarnya mahu kepada Allah.Mereka ingin dekati Allah tetapi tidak tahu bagaimana...

surah al-imran ayat 79 : tidak mungkin bagi seseorang yang telah diberikan kitab oleh Allah,serta hikmah dan kenabian,kemudian di berkata kepda manusia ,"jdilah kamu penyembahku,bukan penyembh Allah,"tetapi (dia berkata),"jadilh kamu penyembah Allah,kerana kamu mengejarkan kitab dan kamu mempelajarinya!"

Ingatlah dunia sebenarnya masih memerlukan kita!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...