Monday, August 29, 2011

Perginya Ramadhan meninggalkan KITA!!!

Bismillahhirrahmanirrahim,


    Alhamdulillah syukur sedar tak sedar rupanya raya bakal tiba setelah kita berpuasa selama sebulan bermula dari 1 ramadhan hingga 29 ramadhan...moga Ramdhan yang pergi itu tidak sedih dengan layanan kita kepada dia sejak dia hadir di dalam hati kita.


    Bayangkan...kedatangan Ramadhan ini sebenarnya umpama tetamu kita yang mengunjungi ke rumah kita yang jarang sukar sekali untuk kita bertemu.Cuba kita kenang kembali bagaimana begitu semangatnya kita menyambut kedatangan Ramadhan yang baru tiba di lapangan terbang kita menyambut dia dengan sembahyang sunat terawih.Kita berbuka dengan juadah yang pelbagai bahkan lauk yang tidak pernah/jarang kita hidang kita jamu pada hari itu sebagai contoh kurma.


    Sungguh berkat kedatangan tetamu kita membuatkan ramai temannya sibuk menyusun program sepanjang ziarah dia ke dunia kita.Ramdhan juga datang bukan dengan berlenggang je tapi tangan kiri kanan,pada bahu banyak beg yang berisi satu beg rahmat untuk bermalam seawal 10 hari,satu beg keampunan untuk bermalam pertengahan 10 hari dan satu lagi untuk bermalam penghujung 10 hari terakhir...dia juga bawa surprise  sebelum bertolak pulang ke hadrat ilahi...klunya adlah hari-hari ganjil = malam Lailatulqadar.


    Kita sanggup bersengkang mata untuk melayan ramadhan (qiamulail) di waktu malam.Kita juga siap baca buku cerita(al-quran) dengan ramadhan...amboi sampai bernyanyi-nyanyi(zikrullah) lagi.


    Namun,persoalannya siapakah kita yang melayan Ramadhan sebegitu sekali hingga penghujung hari Dia berangkat.Kalau benar itu adalah kita alhamdulillah..Ramadhan berjaya mentarbiyyah kita supaya menjadi hamba Allah yang bertaqwa sesuai dengan  firman Allah....laallakum tattakun(2:183).Kenyataannya sudah ramai yang mula memulaukan kedatangan ramadhan seolah-olah sudah bosan melayan dia.Semua program,amalan seperti dulu sudah hiba dalam kalangan kita.


    Fikirkanlah bagaimana perasaan ramadhan itu yang sudah berangkat pulang itu..Adakah kita bakal menjumpai dia lagi dan bermesra antara satu sama lain.


 Ingatlah,Tarbiyyah Ramdhan merupakan salah satu langkah membentuk hati yang tenang...InsyaAllah

Tuesday, August 16, 2011

BAKSOS-Bakti Sosial (Rumah anak yatim dan miskin Budi Nurul Huda,Perak)

Bismillahirrahmanirrahim,
  
    Alhamdulillah MABAJ baru sahaja menyertai kerja amal pada bulan ramadhan kali ini di Rumah anak yatim dan miskin Budi Nurul Huda,Perak.Penyertaan buat julung kalinya MABAJ terlibat dengan Syarikat Neo Synergy Training Centre menjadi fasilitator dalam mengendalikan program bersama dengan kanak-kanak pemeliharaan Allah ini.





  Pelbagai xtvt yang telah dirancang sebelum rombongan ke lokasi kami.Program dibahagikan kepada 2 golongan iaitu sekolah rendah dan menengah.MABAJ mengendalikan sekumpulan pelajar menengah yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan 5,rata-rata jumlah fasi yang terlibat adalah 10 orang.

 Fakhrullah Mawardi
 Program kami dimulakan dengan ceramah motivasi daripada penyampai NSTC merangkap CEO synergy media mengenai Cara Belajar Menurut Al-Quran.Tujuan kami tidak lain tidak bukan hanya mengharapkan generasi istimewa ini dapat menunjukkan perubahan buat diri mereka demi masa depan kelak.

    Acap kali kita dengar bukan?Masyarakat sering memberi makanan,sumbangan duit dan pelbagai lagi tetapi  kami pula mengambil tindakan yang luar biasa kerana dalam kita sibuk memberi sumbangan berbentuk keperluan,kami pula terfikir untuk memberi dalam bentuk nasihat dan motivasi dalam aspek akdemik.Hari ini pendidikan merupakan keperluan yang tidak akan habis digunakan kerana ia diperlukan sehingga ke liang lahad...tak gitew?

    Tiba pula slot bersama dengan adik-adik,MABAJ berkongsi cerita bersama adik-adik antaranya Azmi,Ajai,Wan,Izwan....erm...sape lagi ye...haha...lupa la...(maafkan insan ini).Pelbagai yang mereka luahkan kepada MABAJ mahu dalam bentuk perasaaan,akademik dan kerohanian.

  


Apa yang paling MABAJ terharu dengan mereka ialah meraka bertanya kepada MABAJ :

abang?kenapa abang-abang ni semua bawak al-quran,saya tgk sume bawa ke mana-mana....abang kena hafal ape?


oh...bukan la...abang-abang ni sume memang dah biasa bawa al-quran ke mana-mana,kalau boring kita orang baca...yelah tambah-tambah bulan puasa.Sama macam adik juga jangn lupa Allah kalau nak berjaya,abang pun selalu baca sebab ingat Allah.

    Tersentap dan terharu hati ini apabila di tanya oleh adik-adik kecil yang masih memerlukan kasih sayang masyarakat,pada mereka perbuatan kami ini suatu yang ganjil namun ganjil itu pada hati mereka dan masyarakat di luar sana.Pegangan kita kepada Al-Quran dan Hadis Sudah pudar di hati.Terdetik di hati  moga mereka diberi keinginan untuk suka membaca Al-Quran.
Barisan Fasilitator Neo Synergy Training Center

    Setelah selesai,kami terus bersiap-siap di meja makan,pihak Nurul Huda minta kami para fasi duduk berselang-seli antara adik-adik dengan fasilitator.MABAJ dapat bersama syamir dan Ajai.Banyak sungguh juadah Berbuka yang mereka sediakan oleh pihak Nurul Huda.Tiba-tiba soalan yang sama bertamu kembali di halwa telingaku....abang kenapa bawa al-quran?MABAj jawab dengan penuh kasih sayang kepada mereka.




    Selesai sahaja berbuka dan sembahyang maghrib berjemaah,kami pihak Neo Synergy terus bera ngkat pulang.Dalam MABAJ menyusun langkah untuk pulang mata hati ku asyik dengan melihat wajah-wajah kekasih Allah yang masih belum mengenal cabaran Duniawi yang sebenar,moga hati-hati mereka MABAJ doakan semoga berputik rasa cinta terhadap Al-Quran dan berjaya dalam kehidupan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...