Sunday, March 11, 2012

kerana MaSa,Manusia itu Rugi

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.

    jam 2 tengah hari,Kaedah Komputer Dalam Perhutanan.

10 minit kemudian...

Student MASTER : Ok Class,Dr.mungkin agak lambat masuk ke kelas jadi dia pesan pada abang
                                  suruh kamu jawab soalan test yang dia sediakan ni.

...sambil mengedarkan kertas soalan.

Mabaj                     : Owh...tak sampai lagi,nasib baik!(baru sahaja sampai ke makmal pada jam
                                  2.11 tengah hari setelah selesai solat)

Student Master     : Ok,boleh jawab sekarang ye...
Kami (student)     : Eik,tiba-tiba ada test?nasib bukan soalan esei!
                                  (Berbisik kami satu sama lain sambil membelek helaian soalan)

45 minit kemudian...

Student Master    : Oklah,Kalau siapa yang dah siap boleh hantar dan mungkin juga boleh balik!

Kami (Student)    : Ha...ha....(terkejut + tergamam = Tak sangka)

Masa Itu...?

    Rupa-rupanya pensyarah kami ada mesyuarat,jadi macam biasalah sebagai pelajar kalau tiada
kelas memang satu rezeki bagi mereka.Itulah nikmat bagi mereka  yang paling dihargai di
usia 'pelajar' iaitu nikmat masa lapang.

    Kecoh satu kelas...bermulalah agenda masing-masing yang dirancang,ada yang merancang
untuk pergi makan,berjumpa pensyarah,jalan-jalan?? dan pelbagai lagi.Nah...betapa sibuknya
seorang manusia itu apabila dia sudah merancang masa untuk dirinya.

    Alhamdulillah,tak de kelas akhirnya...

Eh?! kenapa Mabaj kata macam tuh?

    Jangan salah faham,sebenarnya elok lah diberitahu awal-awal sebelum tamat kelas.Buat apa tunggu pensyarah lama-lama
kalau kelas memang sudah pasti tidak ada.Untuk pengetahuan anda,jika kelas Mabaj diteruskan ia akan tamat pada jam 5
petang yakni selama 3 jam berturut-turut di dalam makmal.

    Setelah mendapat tahu kelas berhenti pada jam selepas 45 minit,terus Mabaj teruskan dengan kerja-kerja penting yang
ingin Mabaj uruskan.Alhamdulillah Mabaj sentiasa mencari pekerjaan yang ingin diisi untuk masa lapang.Kebetulan pula,
selesai menjawab soalan test,Mabaj sedang membaca post terbaru Sabahanmuslim.blogspot.Mabaj amat tertarik dengan
kupasan yang dikongsikan.

    Siapa yang tidak suka kepada masa terluang atau masa lapang?pasti semua orang akan mengaku tidak kisahlah kamu
 adalah pelajar,pekerja,ketua syarikat,buruh binaan hatta kanak-kanak sekali pun.Sudah menjadi lumrah kita memerlukan
masa untuk diri kita bersama sejenak untuk saling mengambil tahu.

    
MASA ITU EMAS

 

    Sudah tentu kita terbiasa mendengar ungkapan ini bukan?Ungkapan yang berasal dari sastera bahasa melayu(peribahasa).Malah kata pujangga dari arab pula menggunakan pedang sebagai perumpamaan masa,jika tidak menjaga masa maka masa akan memotong kita.

Tidak kiralah apa sekalipun perumpamaan yang ingin kita berikan ia tetap merujuk kepada
maksud yang sama.

    Kenapa masa itu diberikan pelbagai perumpaan?Ya! kerana masa itu amat berharga dan ia tidak boleh berpatah balik.Rata-rata dalam kalangan kita hari ini begitu sibuk dengan hal masing-masing.Betapa kesibukan kita menyebabkan kita terabai kepada sesuatu perkara yang lebih utama yakni habluminAllah ( hubungan dengan Allah ).

   Dalam Surah Al-Asr,surah yang ke 103 ayat 1 hingga 3 :

Demi masa(1)Sungguh manusia berada dalam kerugian(2)Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan
serta saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran(3)

    Hm...selalu dah tahukan bagaimana bacaan arabnya apabila kita membaca maksudnya tadi,Surah ini selalu kita
baca setiap kali tamat sahaja majlis atau perjumpaan diiringi tasbih kafarah.Namun kita lihat di situ sahajalah surah itu
dibaca dan diamal tetapi dalam kehidupan langsung tidak menunjukkan kita memahami firman Allah.

    Allah menyatakan dalam Al-Quran bahawa manusia berada dalama kerugian KECUALI orang yang beriman DAN mengerjakan kebajikan serta menasihati dengan kebenaran dan kesabaran.

    Mari Mabaj mengajak anda semua para pembaca muhasabah sejauh mana kamu mengatakan kamu menjaga masa jika dalam kesibukanmu,kamu tidak pun menasihati rakan-rakan kita disekeliling supaya ingat akan tujuan dan matlamat hidup sebagai Hamba Allah.

JANGAN ROSAKKAN MASA ORANG LAIN

    Ada satu kisah yang ingin Mabaj kongsikan bersama :

Suatu hari seorang ustaz dijemput oleh seorang  wakil dari sebuah institusi untuk memberikan ceramah lalu Ustaz tersebut setuju dengan tarikh cadangan itu.

    Hari yang dinanti semakin tiba,2 hari sebelum tarikh yang diminta ustaz ini sudah mempersiapkan bahan untuk disampaikan kepada hadirin tersebut.Ustaz ini merupakan seorang yang begitu bersungguh-sungguh dalam berdakwah,kepakarannya dalam penyampaikan mampu melahirkan insan-insan yang kembali kepada fitrah manusia yang
benar-benar begantung harapan kepada Allah.

    Baginya hidayah Allah tiada masa yang khas untuk diterima malah ia perlu dicari kerana dunia semakin rakus meramas manusia!

    Akhirnya tibalah masa untuk berangkat ke institusi yang diberitahu untuk menjalankan amanah besarnya.
Dalam perjalanannya tiba-tiba berdering panggilan telefon.

Ring...ring....ring.... (nada dering telefon)

Assalamualaikum?

Waalaikumsalam!Ustaz Maaflah menyusahkan ustaz!

Ye?apa dia yang menyusahkan tu?

Macam ni,saya terpaksa batalkan slot ceramah ustaz sebab kami rasa ramai hadirin tak dapat datang kut?
Lagipun kami sebenarnya nak dapatkan keuntungan semasa program.Tak pe la ye...

Ustaz yang mendengar sedikit terkejut dengan maklumat tersebut sambil beristighfar.

Encik,pertama sekali terima kasih kerana memilih saya untuk menyampaikan ceramah pada hari ini
Tetapi satu perkara encik perlu tahu,jangan memanfaatkan suatu kebaikan untuk keuntungan peribadi!
Jangan cuba buang masa orang lain kerana agenda kamu.(dengan nada tegas dan tenanag dia berbicara)

Terima Kasih dan Assalamualaikum..... (talian putus)

Ergh....?(terdiam encik tersebut)

   Bayangkan,ada sahaja orang yang sanggup menggadaikan kebajikannya untuk kepentingan sendiri tanpa memikirkan
pengorbanan masa orang lain yang berniat jauh lebih baik dari kita.Hargailah kesibukan orang lain daripada kamu mehancurkannya.
Boleh jadi kitalah punca kerosakan umat kerana ajakan kita kepada kebatilan yang mendustakan.Sungguh!manusia itu dalam kerugian!Kecuali?

...”mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?”
Lalu mereka menjawab “agar kami punyai alasan (melepaskan tanggungjawab) kepada tuhanmu,dan agar mereka bertakwa.”
Surah Al-A’raf (7:164)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...