Wednesday, February 1, 2012

Hati UmPaMa Anak

Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim.






   Hati???ya apabila kita bercakap soal hati,apa yang tergambar dalam pemikiran kita?Sudah tentu ramai yang akan terlintas mengenai hati yang berwarna merah dan memiliki bentuk yang unik.Hati juga sering dikaitkan dengan alam percintaan dan kasih sayang bukan?


    Namun apa yang anda sedang fikirkan bukan itulah yang Mabaj ingin kongsikan disini.Pada kali ini Mabaj akan berkongsi bersama anda mengenai 'hati Umpama Anak'.


    Alhamdulilah kerana kita diberikan nikmat Islam yang mana menurut Prof.Dr Yusuf Al-Qardhawi,Presiden Ulama Sedunia antara tiga nikmat yang paling besar dalam kehidupan seseorang insan ialah iman,ukhuwwah dan islam.


    Kita bersyukur kerana menerima nikmat ini dengan mudah kerana dilahirkan oleh kedua-dua ibubapa yang Islam.Bayangkanlah andai kita lahir dalam keadaan bukan islam adakah kita mampu untuk menerima islam semudah itu walaupun kita tahu kebenaran dan kebesaran Allah itu terpampang di hadapan mata kita sendiri.Subhanallah!


    Mabaj ingin mengajak anda semua berfikir sejenak bahawa perjalanan hidup ini sentiasa berulang.Setiap manusia yang lahir akan menghadapi perjalanan hidup yang sama pada asasnya tetapi berbeza dari segi tindakan.Sebagai contoh,semua dalam kalangan kita diberi soalan peperiksaan yang sama tetapi kita lihat hasilnya,masing-masing memperoleh markah yang berbeza.


    Jadi,samalah juga dalam kehidupan kita masing-masing punyai seketul daging yakni hati sebagaimana yang disampaikan oleh Muhammad Bin Abdullah




"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging.Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh anggota .Jika daging itu rosak maka rosaklah seluruh anggota,ketahuilah itulah hati."

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim


Kaitan Hati dalam Hidup


    Tumbesaran manusia itu terbahagi kepada 5 peringkat Infancy,Childhood,Adolescene,Adulthood and Old age.Ketika di peringkat Infancy sehingga Adolescene orang di sekeliling begitu menjaga golongan peringkat ini kerana sewaktu peringkat ini mereka sedang mengembangkan kebolehan dan bakat mereka.






    Barisan kepimpinan negara juga turut tak ketinggalan untuk memelihara golongan-golongan ini kerana golongan ini merupakan aset berharga buat negara.


    Kata Saidina Ali Abi Talib: Untuk melihat masa depan ngara,lihatlah genarasi muda hari ini.


    Oleh sebab itulah,tidak hairan kenapa kita melihat begitu banyak kematian kanak-kanak dan remaja di negara Islam terutama  Palestin dibunuh walaupun mereka tidak bersalah.Hal ini kerana mereka membunuh kerana ingin memastikan Islam akan datang tidak mampu bangun sebagaimana dahulu.Mereka percaya bahawa kekuatan islam bergantung kepada semangat remaja sebagaimana pada zaman nabi dan sahabat lagi.


    Pada usia sebegini juga,mereka amat mudah untuk dipengaruhi malah diasuh,maksudnya mereka ini amat sensitif dengan persekitaran melalui anggota mata sahaja.nah samalah Hati kita,begitu sensitif jika tidak dijaga dengan baik.Inilah dia sebagaimana yang telah dituliskan hadis mengenai sensitivit hati di bahagian muqaddimah tadi.


Jenis - Jenis Hati


     Sudah menjadi lumrah hidup  bahawa yang hidup akan mati,oleh itu jika manusia yang memiliki hati sendiri boleh kembali kepada Tuannya apatah lagi hati yang menjadi peneman diri sewaktu hidup juga boleh mati.Namun,hati yang mati juga akan melepasi peringkat-peringkat tertentu sebelum diakhiri dengan mati iaitu



  • Hati Yang Sihat                                                


Hati yang sihat ini memiliki sifat seperti keikhlasan,ketaatan dan rendah diri dan sifat-sifat ini bukan untuk tunjuk kepada orang lain tetapi kepada Sang Pencipta kita yang Maha Penyayang.Ibnu Qayyim juga mengatakan bahawa hati yang sihat ialah hati yang selamat pada Hari Kiamat.Hati ini biasanya dimiliki oleh Orang Beriman dan benar yakin kepada Allah.

  • Hati Yang Sakit

Kategori ini kata Ibn Qayyim dalam bukunya 'penyakit rohani dan rawatannya' hati ini masih hidup tetapi dalam hidupnya diiringi dengan penyakit-penyakit.Situasi hati yang sakit ini terjadi kerana lemahnya sifat-sifat yang perlu ada dalam hati mereka.
  • Hati Yang Mati



Hati ini kalau kita samakan dengan kehidupan kita ia seperti tidak boleh berbuat apa-apa untuk betindak kerana tamat sudah riwayatnya setelah Sang manusia pada hati ini telah kembali ke rahmatullah.Inilah namanya hati yang menurut Ibn Qayyim ia langsung tidak mengenal Tuhannya,tidak menyembah apatah lagi berserah.Kategori Hati ini biasa dimiliki oleh golongan kafir dan syirik pada Allah.


Penyakit-Penyakit Hati


        Selalunya orang akan berasa takut melihat seseorang anak dalam keadaan sawan.seorang bayi yang sawan tidak sedarkan diri,matanya selalu memandang ke atas dan seluruh badan serta kaki dan tangannnya terasa keras dan seolah-olah menggigil.Benar bukan?


        Begitulah sensitifnya juga hati kita jika dibiarkan ia sakit sehingga berlarutan dan akhirnya tuan punya badan memilih jalan pintas yang sebenarnya bukan menyelesaikan masalh tetapi menambah beban diakhirat.
Mereka ini lupa akan Allah yang maha Penyayang.


Katakanlah,'Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadapdiri mereka sendiri!janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.Sungguh,Dialah Yang Maha Pengamun dan Maha Penyayang.  
 (Az-Zumar,39:53)

        Ibn Qayyim Al-Jayziyyah ada membahaskan di dalam bukunya jika manusia memiliki penyakit luaran,hati mereka juga memiliki penyakit terendiri.Tengok hati pun ada penyakit!

        Penyakit hati menurut Ibn Qayyim terbahagi kepada 2 jenis iaitu penyakit yang boleh dirasai dan tidak boleh dirasai.

        Penyakit yang boleh dirasai umumnya kita dah boleh mengagak contohnya sikap panas baran,sedih,dengki,sombong dan beremosi tinggi.Manakala penyakit yang tidak boleh dirasai antaranya terdiri daripada sikap jahil,shubhah,ragu-ragu dan riak.

        Agak-agak kitalah,boleh ke penyakit-penyakit ini diubati dan jika boleh apa ubatnya?


        Hm...sudah tentu ada!Masakan tidak jika manusia mampu berkongsi masalah bukankah namanya ratan buat hati dan fikiran?Tetapi  sehingga hari ini tiada sesiapa pun yang mampu merawat hati ini secara zahir kerana sehingga hari ini kita tidak tahu dimana kedudukan hati yang dikatakan oleh kebanyakan kita.

       Namun Ibn Qayyim mengatakan bahawa bagi penyakit hati yang tidak boleh dirasai ia hanya mampu dirawat oleh doktor khas iaitu Nabi Muhammad dan Pengikutnya yang beriman.Agak kenapa ya?Yup!sebabnya mereka ini adalah golongan yang memiliki hati yang dekat dengan Allah lebih-lebih lagi Nabi kita Muhammad.

        Manakala bagi penyakit yang boleh dirasai,ianya hanya boleh dipulihkan dengan hanya mendapatkan ubat-ubatan seperti bertaubat,membaca al-quran,bermunajat kepada Allah atau kesimpulannya kembali kepada Tuhan Mu.

Serangkul Bicara 

     Wallahualam,suka Mabaj kongsikan Tajuk ini pada kali ini kerana melihatkan betapa ramai orang disekeliling kita teraba-raba dan mencari hala tuju masing-masing seolah-olah sehingga hari ini tertanya-tanya 

'Aku buat apa diBUMI?'    

                                                                          'Boringnya!asyik buat benda sama je!'       

                    'Siapa yang patut ada dalam hatiku?'

        Peliharalah hatimu dari segala penyakit dan ingatlah Allah lah tempat sebaik-baiknya untuk kamu luah perasaan.Hati hanya akan merasa tenang apabila ia diingatkan kepada Allah.Dan hati ini jika kita mampu menjaga sebaik mungkin,ia mampu menerobos langit yang tinggi dan bebas dari noktah-noktah kehitaman maksiat.

        Hati yang terpelihara juga mampu memberi impak sinergi kepada diri kita.Kalau menurut kamus dewan,sinergi membawa maksud melakukan banyak perkara dalam satu urusan.Inilah sebenarnya rahsia nabi dan sahabat mampu mencapai kemajuan diri dan Islam kerana menjaga keimanan dan keikhlasan hati mereka kepada Allah.

   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...