Thursday, April 18, 2013

Kesibukan yang Terancang


Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah akhirnya tersentuh kembali laman sesawang ni setelah sekian lama menghiraukan pena penulisan hanya kerana melayan kesibukan yang tiada titik noktahnya.Terasa rindu pula untuk menulis tapi apakan daya kesibukan meminta diri ini untuk mengutamakan perkara yang lain.Asif(minta maaf) kepada pembaca-pembaca blog MABAJ yang merasa bosan dengan POST yang masih belum bertukar.

ITULAH KESIBUKAN

    Itulah kesibukan sebenarnya,MABAJ sendiri mentafsirkan erti sibuk ini dengan melakukan beberapa kerja dalam satu masa pada masa yang sama fikiran terngiang-ngiang dengan urusan kerja seterusnya.Hm...ya ramai orang suka lari dari kesibukan kerana sibuk ni akan sentiasa menghantui kita selagi kesibukan tersebut tidak diurus dengan baik.

    Sedar atau tidak kesibukan ini boleh dicari dan mencari.Seorang Dr. stand by pada waktu malam kerana menantikan kebarangkalian akan ada ON_CALL,itu dipanggil kesibukan yang dicari dan dia sendiri bersedia untuk sibuk tetapi macam mana pula dengan kesibukan yang mencari?Situasi ini sealu berada dalam dunia pelajar,assignmen yang pada mulanya sedikit akhirnya bertimbun diatas meja,apabila tersedar due untuk hantar kelam kabut menyiapkan assignment.Itulah Kesibukan yang mencari kita,ia menginagtakan ita untuk siapkan assignment.

    Walaubagaimanapun,inilah fasa yang sedang MABAJ sendiri sedang hadapi eh!!! tapi bukan bab assignment ya hehe...tetapi yang pengting kepada semua pembaca blog MABAJ bahawa MABAJ sekarang begitu sibuk dengan Trip Subjek dan keutamaan dakwah tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita berhenti lalu berputus asa malah perlu kita manfaat akal fikiran yang Allah S.W.T kurniakan kepada hambanya yang mulia.

    MABAJ nak ajak semua berfikir bagaimana Stephen Hawking dalam keadaan lumpuh satu badan tetapi masih mampu memberikan manfaat kepada dunia sains?Abdullah Ibnu Maktum  pula bagaimana bila diarahkan oelh Rasulullah untuk bedakwah di Madinah tidak mempersoalkan kelemahan dirinya?

THINK OUT FROM THE BOX



    Pada perenggan terakhir tadi,MABAJ mempersoalkan mengenai daya usaha kita dalam kesibukan.MABAJ jangkakan anda masih berfikir mengenai mereka berdua diatas bukan?Ya,kita lihat merek sangat hebat dalam dunia mereka,mereka mencari kesibukan lalu mengendalikan kesibukan dengan baik dan hebat!

    Salah satu jalannnya ialah JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA,fikir bagaimana jika suatu kesibukan beratur menanti kita,kita ingin kendalikan dengan kemas.Rancang kerja-kerja yang ingin kita lakukan dan bagaimana untuk dilakukan.InsyaAllah berserah diri pada Allah dengan setiap usaha yang kita ingin dan sudah lakukan.Keyakinan kita kepada Allah lah yang membuatkan Abdullah Ibnu Maktum mampu melakukan suatu kesibukan yang mulia dengan ikhlas.Tidak memberikan alasan dan berehat dari mengahadapi kesibukan.Sama juga mengenai Stephen Hawking,terus memanfaatkan akal fikiran sehabis baik untuk memberi sumbangan kepada dunia sains malah semua teori yang dihasilkan oleh beliau yang cacat  lupuh itu diterima pakai pada hari ini.

    Dalam fasa kesibukan hari ini juga,MABAJ pernah ditanya oleh seorang kawan; Azri ni tenang je,orang marah ke,provoke ke tak pernah terpsycho.

    Hm...macam mana tu ye?Pertama sekali MABAJ bukalah orang yang tenang setiap masa,bagi MABAJ kalau kita merancang dan berfikir lebih awal sebelum berlaku ssuatu insyaAllah kita dapat menerima suatu kejutan dengan tenang sebab KITA SUDAH BERSEDIA.

    Isunya disini bukanlah kita hebat tetapi mari kita sama-sama sentiasa berfikir setiap masa bagaimana untuk menjadi lebih baik dan untuk menjadi seperti ini kita perlu THINK OUT FROM THE BOX!!!Barulah kita mampu jadi seperti Sulatan Muhammad Al-Fateh!Panglima Perang Khalid Al-Waled!Sahabat paling lembut budi pekerti Abu Bakar As-Siddiq.

    "Sesungguhnya,Allah mencintai orang-orang yang berperang dijalan-NYA dalam barisan yang teratur,mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

Surah As-Saff 61:4

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...