Wednesday, April 11, 2012

KemPen Bijak Al-Quran - SMAP Kajang

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirrahim.

    Petang tadi pada jam 3.30 petang hingga 5.30 petang,NSTC baru sahaja mendapat jemputan ceramah sempena KemPen Bijak AL-Quran.Alhamdulillah ceramah pada kali ini disampaikan oleh Dr.Haji Muhammad Hizul Azri Bin haji Mohd Noor,penasihat Syarikat NSTC yang juga merupakan salah seorang penulis dalam majalah Sinergi Media rubrik ‘Dari Laman Hati’.Jemputan ini kami terima dari wakil Jabatan Pengajian Islam dan Bahasa Arab iaitu Ustazah Zakiah.Majoriti ‘audience’ merupakan pelajar-pelajar tingkatan satu,dua dan empat.

    Sekali lagi NSTC meneruskan pengembaraan menuju ke Kajang untuk menyampaikan kebenaran ilahi kepada masyarakat secara amnya dan para belia khususnya di SMAP kajang.Bersama Dr.Hizul,Mabaj turut  menghadirkan diri setelah diberitahu dari Ketua Perhubungan Luar,Syarikat Neo Sinergi Training Center berkenaan jemputan ini .Ceramah selama 2 jam telah dimanfaatkan oleh Dr.Hizul sepanjang mengendalikan slot beliau.Dalam ceramah beliau ,seringkali beliau menyampaikan hujah-hujah beserta ayat quran kepada adik-adik di SMAP,kajang.

Generasi Bijak Al-quran

    Itulah tajuk yang disampaikan oleh Dr.Hizul kepada adik-adik pelajar SMAP,Kajang.

SIAPA DISINI HAFAL AL-QURAN 30 JUZ?

SIAPA DISINI HAFAL AL-QURAN 10 JUZ?

SIAPA DISINI HAFAL AL-QURAN 5 JUZ?

OKEYLAH, SIAPA DISINI BERAZAM UNTUK HAFAL AL-QURAN?

    Soalan inilah menjadi pembuka bicara antara Dr. Bersama para pelajar.Soalan ini disoal satu persatu kepada mereka tetapi tiada seorang yang mengangkat tangan bagi ketiga-tiga soalan.Namun,apabila sampai kepada soalan keempat terharu Mabaj melihat kesemua adik-adik mengangkat tangan untuk berazam menghafal al-quran.SubhanAllah,masih ada lagi insan-insan muda dalam dunia ini yang penuh kenistaan berkehendak untuk beramal dengan amalan mulia ini.
    Oleh sebab melihatkan kehendak adik-adik ini untuk berazam menghafal al-quran,Dr. Bukan sahaja memberi semangat kepada mereka untuk menghafal bahkan turut menambah agar kita menghayati,memahami,beramal lalu sampaikan kepada orang lain.

    Berapa ramai dalam generasi kita wahai Syabab di bumi ilahi?yang hari ini sudah atau sedang menghafal ayat-ayat al-quran?Seiring dangan umur yang semakin meningkat ini,sudah tentu ramai dalam kalangan kita member ikan alasan untuk mengelak dari menjawab persoalan ini.bahkan bagaimana pula membaca apatah lagi menyentuh al-furqan .Malulah kita kepada adik-adik kecil yang masih muda,walaupun dikelilingi dengan kancah/anasir-anasir  jahat,mereka masih berasa bangga untuk BERUSAHA menghafal al-quran.Alhamdulillah.

APABILA KITA MELENTUR BULUH BERMULA DARI  REBUNGNYA

    Acap kali kita dengar bukan,peribahasa :

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA

     Maksud peribahasa ini,jika kita ingin mendidik anak-anak lebih baik diasuh bermula sejak kecil lagi agar apabila ia menjadi dewasa ia tidak menganggap lagi setiap teguran,ketegasan dan peringatan itu sebagai penghalang atau ugutan buat dirinya untuk bebas.
Begitulah di dalam penyampaian kepada para pelajar sekolah ini,Dr. Turut menyentuh isu-isu seperti couple,menghormati guru,belajar bersungguh dan lain-lain.hal ini kerana umumnya merka ini merupakan pelajar asrama,maka sudah tentu guru-guru dan masyarakat luar mula turut memainkan peranan menjaga si anak-anak kecil ini.Tidak semua kata-kata ibubapa seseorang anak itu mudah untuk menerima nasihat hatta guru-guru juga.Sebab itulah kita sebagai masyarakat luar yang mungkin berkemampuan untuk mendekati harus malah perlu untuk mendekati mereka agar mereka merasakan masih ada yang sayang.
    Perlukah kita menemani mereka?Ya!amat perlu bagi kita untuk mendekati mereka walaupun kita tidak mengenali mereka kerana Allah menyebut dalam Al-Quran,Surah A-hujurat (49:10)

Sesungguhnya,tiap mukmin itu bersaudara.....

  Biarlah mereka itu lebih baik dari kita atau lebih berilmu sekalipun,teruskan usaha untuk menegur mereka kerana MANUSIA ITU TIDAK PERNAH SEMPURNA.

Sebelum Mereka Umpama Keladi

     Tiba sahaja pada saat sesi soal jawab,bertubi-tubi generasi comel ini menyuarakan persoalan yang bermain di minda setelah lama menanti saat ini.Ada yang menanyakan soalan secara lisan malah ada juga yang bertanya soalan secara bertulis.Perkara yang begitu mengejutkan kami ialah soalan mereka bukan calang-calang bahkan ustazah mereka sendiri terkejut dengan pembukaan soalan-soalan
mereka.

      SubhanAllah.Yala!bayangkan yang bertanya semuanya pelajar tingkatan 1,2 dan 4.Begitulah sebagaimana Mabaj katakan,merekaini jika kita mendekati dengan cara yang halus,sopan dan sesuai sudah tentu kita dapat melahirkan /mengembalikan mereka agar terus berada dalam matlamat hidup seorang manusia.

    Ayuh!Sama – sama kita berganding bahu menyelamatkan lebih ramai lagi generasi syabab zaman  era generasi ‘Y’ termasuk diri Mabaj.Teringat diriku akan kata-kata saidina Ali :

Untuk melihat dunia akan datang,lihatlah generasi muda hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...