Alhamdulillah MABAJ baru sahaja menyertai kerja amal pada bulan ramadhan kali ini di Rumah anak yatim dan miskin Budi Nurul Huda,Perak.Penyertaan buat julung kalinya MABAJ terlibat dengan Syarikat Neo Synergy Training Centre menjadi fasilitator dalam mengendalikan program bersama dengan kanak-kanak pemeliharaan Allah ini.
Pelbagai xtvt yang telah dirancang sebelum rombongan ke lokasi kami.Program dibahagikan kepada 2 golongan iaitu sekolah rendah dan menengah.MABAJ mengendalikan sekumpulan pelajar menengah yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan 5,rata-rata jumlah fasi yang terlibat adalah 10 orang.
![]() |
Fakhrullah Mawardi |
Acap kali kita dengar bukan?Masyarakat sering memberi makanan,sumbangan duit dan pelbagai lagi tetapi kami pula mengambil tindakan yang luar biasa kerana dalam kita sibuk memberi sumbangan berbentuk keperluan,kami pula terfikir untuk memberi dalam bentuk nasihat dan motivasi dalam aspek akdemik.Hari ini pendidikan merupakan keperluan yang tidak akan habis digunakan kerana ia diperlukan sehingga ke liang lahad...tak gitew?


abang?kenapa abang-abang ni semua bawak al-quran,saya tgk sume bawa ke mana-mana....abang kena hafal ape?
oh...bukan la...abang-abang ni sume memang dah biasa bawa al-quran ke mana-mana,kalau boring kita orang baca...yelah tambah-tambah bulan puasa.Sama macam adik juga jangn lupa Allah kalau nak berjaya,abang pun selalu baca sebab ingat Allah.
Tersentap dan terharu hati ini apabila di tanya oleh adik-adik kecil yang masih memerlukan kasih sayang masyarakat,pada mereka perbuatan kami ini suatu yang ganjil namun ganjil itu pada hati mereka dan masyarakat di luar sana.Pegangan kita kepada Al-Quran dan Hadis Sudah pudar di hati.Terdetik di hati moga mereka diberi keinginan untuk suka membaca Al-Quran.
![]() |
Barisan Fasilitator Neo Synergy Training Center |
Setelah selesai,kami terus bersiap-siap di meja makan,pihak Nurul Huda minta kami para fasi duduk berselang-seli antara adik-adik dengan fasilitator.MABAJ dapat bersama syamir dan Ajai.Banyak sungguh juadah Berbuka yang mereka sediakan oleh pihak Nurul Huda.Tiba-tiba soalan yang sama bertamu kembali di halwa telingaku....abang kenapa bawa al-quran?MABAj jawab dengan penuh kasih sayang kepada mereka.


Selesai sahaja berbuka dan sembahyang maghrib berjemaah,kami pihak Neo Synergy terus bera ngkat pulang.Dalam MABAJ menyusun langkah untuk pulang mata hati ku asyik dengan melihat wajah-wajah kekasih Allah yang masih belum mengenal cabaran Duniawi yang sebenar,moga hati-hati mereka MABAJ doakan semoga berputik rasa cinta terhadap Al-Quran dan berjaya dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment