
Firman Allah yang bermaksud :
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya antara kamu." (al-hujurat :13)
"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya),nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar(dari segala yang menyusahkan),serta membarinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka." ( al-talaq : 2 dan 3)
Justeru,baginda s.a.w menyuruh uatnya juga hendaklah bersifat taqwa sebagaimana sabdanya :
"bertaqwalah kepada Allah dimana saja anda berada,dan ikutilah keburukan yang telah terlanjur anda melakukanNya itu dengan kebaikan,kerana kebaikan itu dapatmenghapuskan keburukan,dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik."
diriwayatkan oleh al-tabrani daripada Abu Dzar
Bersifat Beristiqamah

"Oleh itu hendaklah engkau(wahai Muhammad) beristiqamah (yakni sentiasa tetap teguh atas jalan yang betul) sebagaimana yang diperintahkan (oleh Allah ) kepadamu."
(surah hud:112)
Sifat istiqamah wajib dimiliki oleh setiap individu muslim dan muslimah,iaitu dalam aqidah dan dalam mematuhi titah perintah Allah.Sufyan bin Abdullah al-Thaqafipernah berkata kepada Nabi s.a.w : "Ya Rasulullah katakanlah kepadaku suatu perkataan dalam agama Islam yang tidak akan saya tanyakan kepada seseorang selepas ini"
Baginda menjawab : "katakanlah,'Aku Beriman kepada Allah' kemudian pegang teguh-teguh keimananmu itu."
(rujukan imam nawawi,hadith ar-bain)
No comments:
Post a Comment