Monday, November 28, 2011

^Aku Sayang Allah^







Tika,

Engkau melihat aku,
Aku leka,
leka dibuai keinginan nafsu bertemankan musuhMu.



Tika,
Engkau memandang wajahku,
Aku tersentap,
Aduh yang dirasakan tidak terhingga sakitnya.


 Saat itu,

Malu sungguh aku rasakan,


Setelah sekian lama aku menipuMu,

Aku membohongiMu,
Aku hipokrit padaMu,
Aku Riya' padaMu.



Sedangkan engkau Raja segala makhluk.


Bodohnya diri ini Ya Tuhanku...

Tertipu dan terpedaya dengan permainan Si Hina itu,

Sehingga Iman turut menjadi mangsa,
Meratap ia mengalir tangisan air mata,
dek kecewa dengan diriku...


Aku tahu tujuan dihidupkan dibumi,

Aku tahu peringatan adalah baik buat Si Mukmin,
Tetapi selalu aku banggakan dengan amalan yang aku miliki.
Ego menguasai diri,emosi mengawal diri.


Akhirnya,
Aku sedar Ya Allah,
Semua yang ku minta tidak semudah itu akan datang,
Man Jadda Wajada.


Matahari itu memberi sinar,

Bumi ini sentiasa berputar,
Siang maam silih berganti,
Tapi mereka semua tidak pernah memberontak,
Mereka tahu tugas mereka.


Aku kagum dengan ciptaanMu,
Memberi tarbiyyah yang cukup hebat padaku,

Aku berdoa agar menjadi seperti...
Matahari,Bumi dan Siang wal MalamMu.



Redha diri ini sebagai hamba,

Bersungguh-sungguh dalam melaksana,
Tunduk patuh hingga,
Akhir hayatnya...

Aku Sayang Allah!!!



Sunday, October 30, 2011

Mereka Tetap Sahabat kita...

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum..

    Alhamdulillah baru sahaja tamat cuti pertengahan semester pejam celik pejam celik terasa begitu sekejap sahaja sebenarnya cuti ni.

    Tepat jam 2130 malam kaki ini menjejak tanah kolej yang mana Mabaj menginap,mungkin bagi orang lain perkara ini sudah lali buat mereka tanpa rasa apa-apa perasaan pun sedangkan diri ini tetap ingin berkongsi kepada orang akan perasaan yang 'pelik' ni.

    Keheningan malam menjadi suara latar monolog diri,blok-blok asrama kelihatan sunyi kerana masih lagi dalam minggu percutian.Sengaja diri ini  memilih untuk pulang awal kerana ingin melaksanakan 'assignment' di hujung minggu.Kaki terus melangkah menuju ke arah yang ingin di tuju.Dalam meneruskan perjalanan,mata ini sibuk mencari Penenang Hati Mabaj...ya betul Surau Orionlah menjadi penenang hati Mabaj selama ini...dimana terdapatnya kenangan pertama mengenali saudara sesama agama disini.

    Hati ini kekadang sunyi keseorangan ketika suatu masa dahulu namun Allah pertemukan juga hati-hati yang turut sama sebagaimana hati Mabaj.Tidak lain tidak bukan Mabaj bersama sahabat mendirikan solat berjemaah disini sebagaimana yang disarankan oleh nabi kita junjungan besar.Syukur masih ada lagi hamba Allah yang berasa bertanggungjawab memikul tanggungjawab sebagai lelaki.

    Sahabat,
    Hati Mabaj begitu merindui sahabat kenalan di UPM ni,bagi Mabaj mereka menjadi teman bual,gurau dan berbincang bersama.Walaupun mereka tidak sama fikrah dengan Mabaj,Mabaj sendiri faham tetapi apapun mereka tetap kenalan yang Mabaj hormati dan sayangi.Biarlah ungkapan ini tidak didengari oleh mereka asal hati ini masih ikhlas bersahabat dengan kalian.

    Walaupun kekadang kita disindir namun itulah diri mereka,Sahabat kita tidak pun ego atau sombong itu yang menjadikan Mabaj hormat pada mereka.Bagi mereka itulah cara untuk berasa rapat dan serasi namun bagi kita yang sudah tahu akan matlamat hidup dan adab sebagai sahabat tidak perlulah terasa kecil hati dengan layanan meraka kerana mereka belum tahu realiti hubungan ukhuwwah yang sebenar.Kita lah yang bakal mermbuka minda mereka untuk berubah secara rela hati dan terbuka ke arah yang lebih baik.

    Islam itu dahulu datang nya dalam keadaan asing,lalu akan kembali asing di penghujungnya..maka beruntunglah mereka yang asing 


   Inilah alasannya kenapa Mabaj kata kita jangan kecil hati,menjadi tanggungjawab kita memperkenalkan Indahnya islam dalam hidup mereka kerana suatu hari nanti mereka juga akan disoal oleh Allah...bantulah mereka sebelum terlambat.Jangan sesekali menyisih mereka dari dalam hidup kita...Siapa kita yang berhak memilih mereka dalam hidup kita,semua manusia adalah sama.


    Maka,ajaklah mereka mengenali Allah kembali...sungguh masjid-masjid itu adalah untuk Allah,oleh itu jangan sesekali menyembah yang lain(72:18) kerana dengan kenalnya mereka kepada Allah,insyaAllah mereka akan semakin berkeinginan untuk berubah...sebenarnya selama ini mereka terleka dengan layanan dan godaan nafsu semata-mata.

    Janganlah kita memandang sahabat itu apabila perlu sahaja...setiap antara kita ini ada peranan masing-masing terhadap sesama saudara sendiri...nah!begitu indah sekali islam berpesan agar kita bersaudara dan mendamaikan saudara kita yang berselisih.Yakinlah satu hari nanti setiap yang kita usahakan dengan niat yang murni ini sentiasa dilihat oleh Allah bahkan mereka(sahabat kita) akan kembali mengenangkan kebaikan dan jasa kita dalam bersama mereka satu hari nanti..mingkin bukan hari tapi apabila kita sudah tiada


    MasyaAllah besar sungguh sumbangan kita....

Nukilan 
MABAJ

Saturday, October 29, 2011

What do you think Mr.Mathematics?

‎1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98
...
123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765
...

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888

great right?

and try look at this too....

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321

now look

101% in mathematics point of view:

is it equal to 100%?

or it's mean more than 100%?

we usually heard that someone who gave their intention 100%?

we are in the situation whereby everyone wanted us to give 100% vcommitment

how to reach 101%?

what is the value of 100% in life??

maybe the formula below can solve it a little......

if:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ

is:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

if:

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

and:

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

also

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

in English;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

attitude is the main for us to get 100%. without attitude we can not get 100%

but

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

or

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

so think about it..........
(^_________^)


Hasil Nukilan,
Akhi Izzat Amirul

Bagaimana Bercouple Cara Islam?


Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?

Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.


Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.

Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.


Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.

Konsep Meminang
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.


Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.


Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.
Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya?



 Mari kita kaji sirah.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.


Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?
Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan ini

Monday, August 29, 2011

Perginya Ramadhan meninggalkan KITA!!!

Bismillahhirrahmanirrahim,


    Alhamdulillah syukur sedar tak sedar rupanya raya bakal tiba setelah kita berpuasa selama sebulan bermula dari 1 ramadhan hingga 29 ramadhan...moga Ramdhan yang pergi itu tidak sedih dengan layanan kita kepada dia sejak dia hadir di dalam hati kita.


    Bayangkan...kedatangan Ramadhan ini sebenarnya umpama tetamu kita yang mengunjungi ke rumah kita yang jarang sukar sekali untuk kita bertemu.Cuba kita kenang kembali bagaimana begitu semangatnya kita menyambut kedatangan Ramadhan yang baru tiba di lapangan terbang kita menyambut dia dengan sembahyang sunat terawih.Kita berbuka dengan juadah yang pelbagai bahkan lauk yang tidak pernah/jarang kita hidang kita jamu pada hari itu sebagai contoh kurma.


    Sungguh berkat kedatangan tetamu kita membuatkan ramai temannya sibuk menyusun program sepanjang ziarah dia ke dunia kita.Ramdhan juga datang bukan dengan berlenggang je tapi tangan kiri kanan,pada bahu banyak beg yang berisi satu beg rahmat untuk bermalam seawal 10 hari,satu beg keampunan untuk bermalam pertengahan 10 hari dan satu lagi untuk bermalam penghujung 10 hari terakhir...dia juga bawa surprise  sebelum bertolak pulang ke hadrat ilahi...klunya adlah hari-hari ganjil = malam Lailatulqadar.


    Kita sanggup bersengkang mata untuk melayan ramadhan (qiamulail) di waktu malam.Kita juga siap baca buku cerita(al-quran) dengan ramadhan...amboi sampai bernyanyi-nyanyi(zikrullah) lagi.


    Namun,persoalannya siapakah kita yang melayan Ramadhan sebegitu sekali hingga penghujung hari Dia berangkat.Kalau benar itu adalah kita alhamdulillah..Ramadhan berjaya mentarbiyyah kita supaya menjadi hamba Allah yang bertaqwa sesuai dengan  firman Allah....laallakum tattakun(2:183).Kenyataannya sudah ramai yang mula memulaukan kedatangan ramadhan seolah-olah sudah bosan melayan dia.Semua program,amalan seperti dulu sudah hiba dalam kalangan kita.


    Fikirkanlah bagaimana perasaan ramadhan itu yang sudah berangkat pulang itu..Adakah kita bakal menjumpai dia lagi dan bermesra antara satu sama lain.


 Ingatlah,Tarbiyyah Ramdhan merupakan salah satu langkah membentuk hati yang tenang...InsyaAllah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...