Sunday, October 30, 2011

Mereka Tetap Sahabat kita...

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum..

    Alhamdulillah baru sahaja tamat cuti pertengahan semester pejam celik pejam celik terasa begitu sekejap sahaja sebenarnya cuti ni.

    Tepat jam 2130 malam kaki ini menjejak tanah kolej yang mana Mabaj menginap,mungkin bagi orang lain perkara ini sudah lali buat mereka tanpa rasa apa-apa perasaan pun sedangkan diri ini tetap ingin berkongsi kepada orang akan perasaan yang 'pelik' ni.

    Keheningan malam menjadi suara latar monolog diri,blok-blok asrama kelihatan sunyi kerana masih lagi dalam minggu percutian.Sengaja diri ini  memilih untuk pulang awal kerana ingin melaksanakan 'assignment' di hujung minggu.Kaki terus melangkah menuju ke arah yang ingin di tuju.Dalam meneruskan perjalanan,mata ini sibuk mencari Penenang Hati Mabaj...ya betul Surau Orionlah menjadi penenang hati Mabaj selama ini...dimana terdapatnya kenangan pertama mengenali saudara sesama agama disini.

    Hati ini kekadang sunyi keseorangan ketika suatu masa dahulu namun Allah pertemukan juga hati-hati yang turut sama sebagaimana hati Mabaj.Tidak lain tidak bukan Mabaj bersama sahabat mendirikan solat berjemaah disini sebagaimana yang disarankan oleh nabi kita junjungan besar.Syukur masih ada lagi hamba Allah yang berasa bertanggungjawab memikul tanggungjawab sebagai lelaki.

    Sahabat,
    Hati Mabaj begitu merindui sahabat kenalan di UPM ni,bagi Mabaj mereka menjadi teman bual,gurau dan berbincang bersama.Walaupun mereka tidak sama fikrah dengan Mabaj,Mabaj sendiri faham tetapi apapun mereka tetap kenalan yang Mabaj hormati dan sayangi.Biarlah ungkapan ini tidak didengari oleh mereka asal hati ini masih ikhlas bersahabat dengan kalian.

    Walaupun kekadang kita disindir namun itulah diri mereka,Sahabat kita tidak pun ego atau sombong itu yang menjadikan Mabaj hormat pada mereka.Bagi mereka itulah cara untuk berasa rapat dan serasi namun bagi kita yang sudah tahu akan matlamat hidup dan adab sebagai sahabat tidak perlulah terasa kecil hati dengan layanan meraka kerana mereka belum tahu realiti hubungan ukhuwwah yang sebenar.Kita lah yang bakal mermbuka minda mereka untuk berubah secara rela hati dan terbuka ke arah yang lebih baik.

    Islam itu dahulu datang nya dalam keadaan asing,lalu akan kembali asing di penghujungnya..maka beruntunglah mereka yang asing 


   Inilah alasannya kenapa Mabaj kata kita jangan kecil hati,menjadi tanggungjawab kita memperkenalkan Indahnya islam dalam hidup mereka kerana suatu hari nanti mereka juga akan disoal oleh Allah...bantulah mereka sebelum terlambat.Jangan sesekali menyisih mereka dari dalam hidup kita...Siapa kita yang berhak memilih mereka dalam hidup kita,semua manusia adalah sama.


    Maka,ajaklah mereka mengenali Allah kembali...sungguh masjid-masjid itu adalah untuk Allah,oleh itu jangan sesekali menyembah yang lain(72:18) kerana dengan kenalnya mereka kepada Allah,insyaAllah mereka akan semakin berkeinginan untuk berubah...sebenarnya selama ini mereka terleka dengan layanan dan godaan nafsu semata-mata.

    Janganlah kita memandang sahabat itu apabila perlu sahaja...setiap antara kita ini ada peranan masing-masing terhadap sesama saudara sendiri...nah!begitu indah sekali islam berpesan agar kita bersaudara dan mendamaikan saudara kita yang berselisih.Yakinlah satu hari nanti setiap yang kita usahakan dengan niat yang murni ini sentiasa dilihat oleh Allah bahkan mereka(sahabat kita) akan kembali mengenangkan kebaikan dan jasa kita dalam bersama mereka satu hari nanti..mingkin bukan hari tapi apabila kita sudah tiada


    MasyaAllah besar sungguh sumbangan kita....

Nukilan 
MABAJ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...