Tuesday, January 3, 2012

Ke Mana Arah tujuku?

Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim,

    Alhamdulillah sebagai pemula bicara buat sang pencipta yang maha esa.Indah benar perjalanan hidup yang disusun olehNya sehingga hari ini kita semua selaku makhluk Allah masih lagi memiliki sifat kasih sayang dan prihatin kepada masyarakat.

    Rata-rata dalam surat khabar,internet,media elokronik umpama radio kini sedang hebat mengutarakan isu-isu mengenai keamanan dan keselamatan negara.Syukurlah kita kerana masih ada insan yang masih mendoakan keselamatan dan keamanan negara kita berbandingkan mereka yang hanya banyak memberi hujah dan pandangan yang akhirnya tidak mengubah apa.

Perkara ini diulang


     Umumnya andai kamu sebagai manusia yang diberi fitrah sebagai seorang lelaki sudah tentu tahu bahawa telah menjadi fardhu buat kita untuk sentiasa hadir menunaikan fardhu jumaat jika tiada uzur syar'ie.

    Tiba sahaja kita di barisan saf terus kita duduk setelah melaksanakan solat sunat tahiyatul masjid.Lalu agenda jumaat kita diteruskan dengan ucapan daripada?....eh silap..!!agenda jumaat seterusnya diteruskan dengan penyampaian khutbah sehinggalah selesai solat jumaat.

    Namun hari ini Mabaj bukan ingin membawa semua pembaca untuk kita berkongsi pengalaman melaksanakan fardhu jumaat tetapi mengajak anda renung kembali setiap kali di akhir khutbah,kata - kata ini pasti akan kedengaran supaya negara kita dijauhkan dari mala petaka seperti banjir besar,kemarau panjang dan lain-lain.


    Nah!samalah dalam kehidupan kita sudah menjadi kebiasaan suatu teguran atau nasihat itu diberikan kepadakita sebagai peringatan kerana sudah tentu tidak lain tidak bukan kita adalah orang-orang mukmin.

Dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu adalah baik untuk orang-orang mukmin.
surah Az-Zariyat (51:55)

    Takutnya kita menghadapi kehidupan hari ini yang penuh dengan kezaliman dan keganasan yang semakin menimbulkan diri kepada manusia.Persoalannya,kenapa manusia di keliling kita masih mampu untuk bergelak ketawa tatkala saudara seislamnya? sudah menjadi mangsa pertama bahkan sudah lama pun di zalimi...apa tindakan kita?

    Dalam setiap usaha yang kita lakukan perlu diserahkan kepada allah tetapi kita hari ini berdoa dahulu tapi bukan berserah bahkan meminta sahaja tanpa berbekal usaha yang 100 peratus.sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia yang sentiasa alpa dan leka namun itu bukan satu alasan untuk kita memperbaiki kerana peringatan menjadi alternatif buat manusia untuk sentiasa beringat.

Pandangan mata Menongkah ke Langit


    Saudara-saudari sidang pembaca,

    Diriku ini merasakan sungguh gerun dan takut sekali dengan keangkuhan manusia yang sembahyangnya diakhir waktu bahkan ada sahaja mereka yang tidak solat di akhir zaman.Memandang masjid dan surau sebagai tempat tidur sahaja atau pusat persinggahan bagi mereka.Bercakap soal mati pula mereka begitu selamba menjadikan ia bahan ketawa.

    Manusia mampu bergelak ketawa sehingga ternampak urat di kepala.Seolah-olah orang yang kelakar atau suka ketawa adalah orang yang bahagia dan pendiam itu hidupnya seperti kesunyian.Mabaj risau dengan kematangan masyarakat hari ini dalam menguruskan diri.Hari ini sudah semakin bagi kita untuk mencari orang benar-benar matang di usia mereka sebagai mana zaman para nabi dan sahabat.Apakah dunia ini tak akan kiamat kerana kalau Mabaj sendiri bertanya kepada mereka yang lalai ini pasti mereka jawab dengan penuh selamba..Astaghfirullah nauzubillah!!!

    
Nasir Salahuddin al-Ayyubi r.h dikatakan tidak pernnah ketawa...apabila ditanya sebabnya...dijawabnya,


bagaimana aku boleh ketawa sedangkan masjidil aqsa masih ditawan?!...


    tetapi sebaik al-aqsa digenggam islam,beliau mula ketawa.

     Wahai Insani,lapangkan dadamu dan istighfarlah seberapa banyak yang mungkin kerana Al-Quran dan Hadith itu adalah benar.Jangan kita mudah tertipu dengan dunia.Gelaknya kamu kalau sehingga hati tawar untuk membaca al-quran bahkan menyentuh pun tidak mahu itu tandanya hati mu semakin keras dan gelap dari hidayah Allah.

    Tundukkan matamu yang menongkah langit itu setelah sekian lama tidak melaksanakan solat bahkan pula buat tapi dihujung waktu.Apakah kamu yakin Allah itu menerima amalanmu sebagai Tuhan kepadamu bukan Peminta sedekah kepadamu.Anda bayangkan seorang chef menyediakan satu hidangan yang begitu cantik terhias lalu dia lemparkan hidangan yang cantik itu kearah kamu yang meminta hidangan tersebut.APA PERASAAN KAMU....samalah juga Yang Menciptakanmu.

    Insafilah dirimu dengan mengenang sejauh mana kita berkorban masa demi menjaga hubungan Tuhanmu.Lihatlah Muhammad itu telah pergi,namun perginya dia tidak diiringi dengan banyak ketawa,keseronokan dunia dan kemewahan harta bahkan solat-solatnya,zikrullah,tangisan keinsafan dan amanah sebagai Rasul kepada kita.

    Tanya diri kita pula apa yang bakal kita bawa untuk Allah.Ada satu hadis nabi mengenai neraka dan syurga, neraka itu dikelilingi dengan kesenangan manakala syurga itu dikelilingi kesusahan dan kepayahan.Renungkan kembali...


    

Matangkah kita?

    Hari ini merupakan hari baru buat kita bahkan hari-hari juga merupakan hari yang baru buat kita.Insani,bagi kita yang berada di IPT,kalau kita lihat disekeliling kita,pelbagai perkara yang sedang dilakukan oleh manusia-manusia ini.

    Berbual telefon di koridor,bermain dota/game,merayau entah ke mana,minum petang menikmati teh mamak,baring mendengar lagu syahdu malah yang lebih dahsyat TIDUR!!!

    Mabaj ingin mengajak anda berfikir semula cuba kita analisa mereka ni semua semula dengan mendapatkan umur mereka kemudian anda kaitkan semula dengan aktiviti yang sedang dilaksanakan.

Contoh :

berbual telefon di koridor : 26 tahun
bermain dota/game          : 24 tahun
merayau entah kemana    : 28 tahun
minum petang...               : 21 tahun
baring mendengar lagu...  : 22 tahun
TIDUR                           : 19 tahun

    Berdasarkan analisa di atas,kita boleh simpulkan semua merupakan golongan belia dan jika dispesifikkan mereka ini mungkin juga sedang berada di Tahun Akhir.Anda bayangkan segala aktiviti yang mereka laksanakan ni bukan di waktu petang bahkan sentiasa!!! dijadikan rutin dalam jadual mereka.Tidak kiralah pagi,petang,malam dan seterusnya.

    Nauzubillah,wahai para pembaca yang mabaj sayangi,

    Dunia tidak pernah kenal erti penat/bosan untuk merosakkan kita sebagai manusia terutama remaja.Realitinya dunia ini memang tempat senda gurau dan tidak akan kekal lama.Maka tidak hairanlah kadang kita sendiri pun terleka dibuai mimpi dunia.

sesungguhnyakehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau.Jika kamu beriman serta bertakwa,Allah akan memberikan pahala kepadamu,dan dia tidak akan meminta hartamu.

surah Muhammad (47:36)

    Banyak sahaja peringatan-peringatan Allah mengenai tipu daya syaitan dan dunia ini.Andai antara aktiviti diatas merupakan antara rutin harian anda sepanjang hari pada setiap masa maka sedarlah kamu sedang membuang masa.Bangkitlah!

    Sidang pembaca sekalian,

    Anda bayangkan jika anda diberi peluang untuk melihat semula perjalanan hidup anda sehingga sekarang Mabaj sendiri yakin kita bakal terasa bahawa kita tidak tahu apa tujuan hidup kita yang sebenarnya hatta kita sebagai pelajar IPT yang bakal kelulusan doktor ke,engineer ke,arkitek,wartawan,ustaz,ustazah dan pelbagai lagi pun tersentap.


    kerana apa kita tidak melakukan sesuatu itu dengan niat dan berserah kepada Allah.Mari kita lihat perjalanan hidup para sahabat nabi Rasulullah s.a.w.

    Antaranya,Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan seorang raja yang diperkatakan nabi sebagai raja yang muda yang menjadi raja.Sultan Muhammad Al-Fateh menjadi sultan pada usia 21 tahun.Khalid Bin Al-Walid pula yang digelar sebagai Saifullah hidupnya asyik dengan dunia ketenteraan sebagai panglima perang.Khalid pula wafat ketika umur 38 tahun lagi yakni diusia muda.

    Itu mereka?kita?malas sahaja terus lemah!putus cinta,terus merajuk?murung?Astaghfirullahalazim!!!

   Insafilah diri kita semula sejauh mana kita memenuhkan masa dengan niat yang tulus ikhlas kerana Allah.Wahai akhi wal ukhti,kumpullah pahalamu  sebanyak-banyaknya kerana matimu bukan seperti kamu mengetahui expirednya roti gardenia,luputnya lesenmu, dan matinya road tax mu.

renungkan semula Matangkah kita jika dibandingkan insan-insan yang sudah pun kembali kepada Allah dengan kegembiraan setelah memenuhkan hidup mereka segalanya diserahkan kepada Allah.Mereka juga ada ketika rasa malas,ingin menyerah tapi ingatlah kita dan mereka miliki tuhan yang sama yakni Allah.

Setiap yang bernyawa akan mati....
surah Al-Imran (3:185)

Barang siapa yang mengkehendaki duniawi,maka kami segerakan baginya di dunia ini apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki.Kemudian kami sediakan baginya akhirat neraka jahanam;dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.
surah Al - Isra'(17:18)

Dan barang siapa yang mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh=sungguh,sedang mereka beriman,maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas baik .

surah Al- Isra' (17:19)


Mereka sudah berada disini...Bersedialah  pula giliran kita kelak !


3 comments:

  1. kemana arah tujuku,,, BAGUS.... TERUSKAN BERKARYA..

    ReplyDelete
  2. syukran kepada saudari...insyaAllah doakan saya istiqamah ya...

    ReplyDelete
  3. afwan..... teruskan dan istiqamah.. sbb kita tdk tahu karya kita yang mana satu dapat menyentuh hati orang lain.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...