Tuesday, June 7, 2011

siapa yang MeMeRHaTi Kita?selain DIA

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalmualaikum!


Makcik Nak Naik Pangkat!!!!!

    Ketika di stor kilang,"huh...penatnya!!sampai bila la aku kena kerja bahagian ni...?"keluh si makcik.

    Kebetulan pada tahun ini kilang tesebut akan menyusun  semula organisasi syarikat.Inilah yang sentiasa dinantikan oleh pekerja-pekerja kilang syarikat itu antaranya termasuk makcik tersebut yang begitu mengharap semoga dinaikkan pangkat sekaligus dinaikkan gaji.




    Makcik ini merupakan seorang yang rajin bekerja dan sudah lama berkhidmat di syarikat kilang ini selama 30 tahun dan kini berumur 45 tahun namun sayang sejak mula kerja dibawah syarikat ini tidak pernah sumbanganngannya di hargai atau dibalas dengn apa-apa  bahkan orang lain pula yang dapat semua itu sedangkan mereka yang dinaikkan pangkat itu semua pekerja baru-baru yang mana pengalaman tidak pun melepasi 5 tahun yang menyakitkan hati makcik itu mereka sentiasa merujuk dirinya untuk urusan kerja-kerja sehinggakan makcik itu sudah mula kecil hati kepada syarikat tersebut.

    Tibalah saat hari yang dinntikan oleh semua,namun tahun ini nasib tidak menyebelahi makcik itu lagi.lalu di dalam mesyuarat 'department makcik' itu berkobar-kobar di hatinya unuk meluahkan dan mempersoalkan kedudukannya dalam syarikat.'Department makcik' ini dipimpin oleh supervisornya yang penyayang dan berhati mulia.

"Saya nak mempersoalkan kepada En.super,kenapa setelah bertahun-tahun saya masih 
lagi pada jawatan saya yang sama sedang rakan-rakan saya yang se-department dengan 
kita telah dinaikkan jawatan tetapi saya tidak?!!!!!
Apakah En.Super tidak nampak selama ni sudah lama saya bekerja dengan En.Super
dan saaya tidak pernah minta cuti mc pun!!!!
tetapi tak de langsung penghargaan malah pujian dari pekerja pun tidak ade!!!"

kata makcik kepada En.super selepas meeting tadi.

Makcik,sebenarnya sudah lama saya perasan akan hal ini bahkan setiap tahun saya mencadangkan juga nama makcik tapi rezeki itu tidak Allah izinkan.Saya mengaku makcik memang seorang yang bersungguh-sungguh dan rajin walaupun idak ade orang yang mmuji makcik.Namun pada pandangan saya makcik,Allah sendiri tidak mengizinkan makcik dinaikkan pangkat mungkin rezeki seumpama itu telah diberikan kepada anak-anak makcik sebagai mana tertulis dalam data maklumat makcik,
  •   anak pertama - Jurutera petroleum di Terengganu
  • anak kedua - Doktor Pakar Veterinar  di Kuala Lumpur
  • anak ketiga - Pengetua Sekolah di Melaka
  • anak keempat - CEO syarikat di Selangor
     Jadi pada pandangan saya,syukurlah kerana Allah masih memandang penat lelah makcik dalam bekerja dengan ikhlas sehingga Allah membalas kesungguhan
terasa penat beramal                                            
karya ,
Mabaj

Tuesday, May 10, 2011

Dimana sahabat ku

                     

Umumnya,
hidup ini perlu diteruskan,
sudah mnjadi adat tradisi kehidupan,
bertemu pasti akan berpisah,

Namun,
berpisah bukan bermaksud tidak bertemu lagi,
Allah itu maha adil,
Allah tetp akan menemukan kita di penghujungnya,



 Siapa Kata?
selepas brtemu agak sukarlah untuk bertemu,
Allah jadikan mukmin itu brsaudara,
mana mungkin ia boleh diputuskan semudah tali rafia,
sahabat yang ikhlas akan tetap ditemukan oleh Allah,
biar orang tidak ketahui isi hati kita pada sahabat itu,



Kita,
mengangis,meraung,meratap,
merindui pada sahabat ,
hanya DIA yang maha mengetahui....



karya MABAJ

Dahulu kau di sisi ku

Dahulu Kau ada disisiku

Teringat pada zaman kita bertemu ,
bermesra,bergurau,bergelak ketawa,
bergaduh,merajuk sudah menjadi wadah dalam persahabatan,
barru manis rasanya erti persahabatan...
Dahulu,
dialah yang mengajak kita,
dialah yang memarahi kita,
dialah yang bergurau dngan kita,
dialah yang menjaga kita dan 
memujuk kita....
Tetapi kini,
masing-masing membawa hala tuju masing-masing,
mengejar cita-cita dan masa depan,
kerna,
setiap insan punyai amanah kepada ALLAH,
Hari ini kita menuai jagung,
Hari esok entah siapa yang tahu...

Satu pengalaman ,
yang ingin dikongsi bersama,antara punca indahnya hidup ,
kerana kita punyai ramai sahabat,
semoga sahabatku sentiasa dalam keadaan 
ceria, berbahagia,dan sentiasa dipilihMU..

Ya RABBANA...!!!  

KARYA MABAJ

Saturday, February 5, 2011

Maafkan DiRiku ini....

Dalam kembara remajaku ini,
Aku pendusta yang nyata andai ku katakan,
Perjalananku ini tak pernah diuji,
Jiwa dan hati sentiasa bebas dari bisikan kenistaan.

Tapi sampai bila harus aku berterusan begini?
Terus bernafas dalam kepuasan nafsu remajaku,
Terus tegar menghirup manisnya maksiat yang menipu,
Yang mengheret aku untuk lebih jauh dari penciptaku.

Aku terus leka dan selesa dibuai hidupku,
Sedangkan,zina,buang bayi dan keruntuhan akhlak remaja,
Sudah menjadi hidangan wajib  di dada-dada akhbar.
Kepada siapa harusku tudingkan jari untuk bertanggungjawab?

Syukur pada rabbi,kini baru kusedar,
Aku sebenarnya sudah lama terlena dalam mimpi yang melekakan,
Nyenyak didodoi dalam zon selesa ciptaan orientalis,
Hingga aku langsung tak hiraukan kebejatan generasiku.

Maafkan aku karena lewat terjaga dari tidur panjangku,
Ayuh sahabat-sahabatku keluar dari kepompong kealpaan,
Dunia yang tenat ini perlukan kita untuk digegarkan,
Agar syabab harapan umat tidak terus menerus melayu.

karya terpilih,
nukilan ahmad izhar
ikhwah matrikku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...