Sunday, October 21, 2012

Berdua sejenak bersama Sang Hati

Huh...lama sekali menyepi diri 
Jauh dari Laman Peribadi
Tidak mampu mengungkap sebarang kata
Bermadah pujangga bersama teman 


Hidup ini adakalanya mampu buat kita ternganga kan?
Tertanya-tanya kenapa hari ini aku kosong sahaja
Dunia ini masih lagi ada orang ketawa 
Tetapi kenapa tidak aku orang itu!

Kupandang pepohon hijau Elok sahaja riang ria menggoyangkan dirinya
Dan melepaskan dedaunnya yang berguguran
Burung berkicau berbual mesra 
Entah apa yang seronok pada mereka


Kadang-kadang berbangga pula bila terkenang si pokok dan burung-burung ni
Walaupun tidak miliki keistimewaan sebaik manusia
Tetapi tetap berasa bahagia pada mereka
Hidup sudah bertahun di Hutan,
Denagn keizinan hidup ditempat yang terhad malah terancam
Tidak menjadim penghalang untuk terus menjalani kehidupan


Apatah lagi Si Pokok Hijau ni
Tidak pernh berubah kedudukannya
Dimana benihnya jatuh
Disitulah membesar comelnya ia
Tak pernah mengeluh untuk terus membesar


*Introspeksi Iman dan Hati*
Cetusan Kilat - MABAJ

Hutan Simpan Ayer Hitam,Puchong
Pagi  Dhuha
 

Friday, September 7, 2012

Jom Baca Sinergi !!!


Assalamualaikum,

Alhamdulillah kini Majalah keluran edisi keluaran edisi kelapan telah muncul dan kini dijual disekitar kawasan serata Malaysia!!!

Kepada sesiapa yang ingin membuat langganan/menjadi wakil pengedar atau penjual boleh maklumkan kepada saya bagi mereka yang berada di sekitar Selangor/KL/Johor/Melaka dan Negeri Sembilan.

EMAIL - azriabduljalil92@gmail.com  @ hubungi di nombor tertera  @  post comment di bawah

Tuesday, September 4, 2012

Tempahan Al-Quran siri 1


Terbuka untuk individu,permintaan sekolah dan lain-lain.
Ayuh dapatkan segera !!!
Siri 1 dibuka sehingga 31 oktober 2012...!

Wednesday, August 8, 2012

2 Minggu dalam Kesunyian

Bismillahirrahmanirrahim,

Pernah dengar kata Prof.Dr.Yusof Al-Qardhawi? Yang mana beliau mengatakan bahawa 3 nikmat terbesar dalam kehidupan seseorang mukmin ialah Islam,Kesihatan dan Ukhuwwah.Sudah tentu bagi kita yang sudah biasa membaca kata-kata ini sudah lali dengannya.Tetapi  saat ia berlaku dalam realiti,terpinga-pinga kita menghayati kata-kata ini.

    Seperti biasa bila mana ada sahaja post baru maksudnya Mabaj dapat meluangkan masa untuk membuka laman sesawang blogspot ini.Alhamdulillah bilangan follower yang sudi membaca blog Mabaj juga sudah bertambah sejak sekian lama tidak memantau perkembangan pengikut.Terima kasih juga kepada pembaca yang sudi memberikan pendapat dan cadangan dalam membantu insan biasa ini untuk memperbaiki kualiti penyampaian pena ini untuk kebaikan bersama.


    Baru-Baru ini Mabaj baru sahaja menghadiri Kem Perhutanan 2012 di Hutan Simpan Ayer Hitam.Kalau nak tahu Kem yang Mabaj hadiri ini bukan diadakan untuk tujuan 'huhahuha' bahkan sebenarnya ia adalah merupakan salah satu subjek wajib berkredit bagi semua pelajar dibawah Fakulti Perhutanan,UPM.Kem ini memang wajib sebab ia juga merupakan salah satu syarat wajib untuk bakal ahli-ahli perhutanan bergraduat satu hari nanti.Hm..Kem ni merupakan antara kem yang paling lama Mabaj join...2 minggu!

    Lama Mabaj tak mendekatkan diri dengan anda semua.Fikiran ini asyik teringatkan blog yang sentiasa diintai pembaca-pembaca setia Blog Mabaj-renungan bersama : )
Kalau dah nama pun Kem perhutanan,sah-sah la segala hubungan komunikasi semua diputuskan sama ada handphone,email,kawan-kawan dan sudah tentu blog kesayangan.

    Apapun,sepanjang 2 minggu tidak Mabaj sia-siakan dengan begitu sahaja.Kan Allah berfirman Orang mukmin yang berjaya tidak akan membuang masa dalam hidupnya.

dan orang yang menjauhkan dirinya dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna. (23:3)

   Banyak ibrah/pengajaran yang Mabaj terima sepanjang dalam pengembaraan di dalam hutan.

Rindu Pada Semua

    Apa perasaan anda jika orang yang anda sayangi hilang dari pandangan anda atau dalam erti kata lain sudah tiada lagi di muka bumi yang sementara ni?

Blue lagoon,Hutan Simpan Ayer Hitam UPM  Puchong

    Anak kucing kalau sedar yang diri ia dalam bahaya sudah tentu ia akan memanggil ibunya kan?

    Sepanjang Mabaj dalam Hutan Simpan Ayer Hitam,Puchong pintu hati ini tersedar dari lamunan seketika.Sudah lama tidak ku lihat wajah-wajah yang ku sayangi.Insan-insan yang menjadi pendorong dalam hidupku.Merekalah insan yang sentiasa aku harapkan diredhai dan disayangi allah.Terngiang-ngiang dalam mindaku akan kata-kata mereka,doa dan perangai masing-masing yang menjadi bahan hiburan .

    Setiap perpisahan itu pasti akan ada hikmah walau perpisahan itu hanya sementara cuma.Dalam adat perpisahan dunia,kerinduan pasti terdetik dalam hati kita bukan?malah kerana perpisahan kita menjadi lebih berazam dan kuat sebagai hamba abdi untuk meneruskan perjalanan hidup.

"Perpisahan umpama Cantasnya Pepohon Tumbuh Kembali"

Muhasabah Si Pencinta Ilahi

Peserta Kem Perhutanan 2012 Fakulti Perhutanan
   
     Seronok Mabaj dengan setiap slot-slot dan modul yang disusun.Pelbagai adegan menarik yang ingin Mabaj kongsikan bersama.Sepanjang 2 minggu yang lama tu,Mabaj dan rakan se'kos' diberikan pendedahan sebagai  ahli perhutanan,diuji dengan pengaruh mental dan emosi.

    Mana tidaknya,tiba-tiba dikejutkan pada jam 2 pagi dan ditahan sehingga waktu subuh.Bermulalah dendanya yang menguji : rendam dalam sungai berlumpur,salah sikit terus dipaksa 'landing' atas kawasan pasir kasar waktu panas terik,khemah diserang dan dimusnahkan pada waktu pagi buta oleh penyamun(Fasilitator) sebagai merasai suasana survival berada dalam hutan.

    Hal ini tak ubah pun seperti pengaruh syaitan itu sentiasa sahaja di sekeliling kita sama ada ia akan kacau dari depan,belakang,kiri mahupun kanan untuk menjauhkan hamba-hamba allah umat muhammad supaya berpaling dari Allah.

Kemudian pasti aku mendatangi mereka  dari depan,belakang,kanan dan kiri.Dan engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.   (7:17)

    Allah Akbar tetapi insyaAllah Mabaj yakin semua ini ada hikmahnya jika kita telusuri dari sudut pandang yang positif.Untuk menjadi ahli perhutanan sudah tentu perlu didik dengan ketegasan dan disiplin jika tidak!tidak tercapailah objektif program.

    Samalah juga kita sebagai seorang pendakwah,Hari sedar atau tidak sudah lama kemaksiatan itu sudah berada di depan mata kita atau sebenarnya kita sendiri sedang melakukannya!

    Orang kata kalau nampak maksiat,kita perlu jauhi tetapi the question is! nak lari ke mana?mana-mana sahaja maksiat muncul dan memberanikan diri.

    So?Perlu ke kita katakan :

I'm not ready yet...Sorry!
             Aku tak hebat la wei nak buat keje ni...
 Nantilah,malas aku nak tegur diew~                        
                                                          Takut sey!~

    Bahkan jika anda melayan orang-orang yang asyik beralasan macam ni,maksiat tetap akan terus berterusan mengambil kesempatan membiakkan keturunan-keturunan yang dimurkai Allah.Hari ini ramai orang yang berbangga dengan pacarnya??? bukan beragama islam lepas tu berkahwin!Astaghfirullah.

    Bukan setakat itu sahaja sahabatku,sekarang ini pun orang berjalan dengan tanpa batasan pergaulan,hak lelaki dan wanita teabai yang mana bagi mereka 

"Nanti orang kata kita x sporting U!~

    Wahai sahabatku,jika benar kamu ingin menjaga diri tiada cara lain lagi selain kita bersama-sama,bukan berseorangan mencegah kemungkaran!Wah cegah kemungkaran!Bila mana kita sebut cegah kemungkaran bermaksud ikutlah tahap/kemampuanmu dan lakukan ia dengan hikmah.

kamu umat islam adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia kerana kamu menyuruh berbuat makruf,dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah,tentulah itu lebih baik bagi mereka.Diantara mereka ada yang beriman,namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik.
(3 : 110)



Tuesday, June 19, 2012

Mengenang daku,Tika dahulu

Rindu serindu-rindunya,
Tatkala mengenangkan perjalananku dahulu,
Yang dahulunya hanya insan biasa,
Yang tidak kenal erti Islam secara luhur,
Goyah dek iman yang lemah,
Membawa islam yang mulia.

Hari ini,
Aku kenal diriku,
setelah bertahun meneroka alam dakwah yang mekar indah,
sejak zaman berzaman ia ditebarkan.

Bermula Islam itu,
juga dari insan yang buta hurufnya,
diamanahkan membawa agama mulia,
ke serata dunia Ilahi,
menyelamatkan sejuta umat jahiliyah,
dari kegelapan yang kelam.

Dahulu,
Aku bukanlah aku,
Yang hanya sekadar punyai nama islam,
menghadapi hidup lebih baik,
dari mereka di bumi anbiya',
tetapi merekalah yang aku abaikan.

Berbahagialah wahai hatiku,
dikau selamat kini,
dek kerana imanku yang terus kuat,
menginginkan kita bersama mencari lorong hidayah,
suatu ketika dahulu.

Alhamdulillah,
Pengalaman banyak mentarbiyah aku,
agar kuat menempuh tembok keegoaan dan kesenangan,
menjadi insan berguna kepada Islam,

SubhanAllah,
menitis air mataku mengenangkan kesanggupanku,
meninggalkan zaman kelam penuh kenistaan,
berjaya meyakinkan diri menuju terus ke dakapan ilahi,
sungguh,
ku tak percaya.

Allahuakbar,
terasa mulianya aku,
menerima hidayah dari Pelindung Hati ini,
dia...merobek dadaku membersih kegelapan,
mengiringi kekuatan azam baru,
memimpin insan kerdil ini merangkak kehadapan,
menuju cahaya samar akhirat.

Kini tuhanku,
Aku hargai pentarbiyahanmu,
bermula pula untuk aku bergelar,
Sang Murobbi.

Moga aku mampu ya tuhanku,
memikul amanah segagah hamzah,
sebenar ungkapan si Abu Bakar,
seadil Al-Fateh,
secekal Bilal bin Rabah,
dan idolaku....
Umar al-khattab.

Aku rindu saat itu...

Karya MABAJ
PencariCintaIlahi



Wednesday, April 11, 2012

KemPen Bijak Al-Quran - SMAP Kajang

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirrahim.

    Petang tadi pada jam 3.30 petang hingga 5.30 petang,NSTC baru sahaja mendapat jemputan ceramah sempena KemPen Bijak AL-Quran.Alhamdulillah ceramah pada kali ini disampaikan oleh Dr.Haji Muhammad Hizul Azri Bin haji Mohd Noor,penasihat Syarikat NSTC yang juga merupakan salah seorang penulis dalam majalah Sinergi Media rubrik ‘Dari Laman Hati’.Jemputan ini kami terima dari wakil Jabatan Pengajian Islam dan Bahasa Arab iaitu Ustazah Zakiah.Majoriti ‘audience’ merupakan pelajar-pelajar tingkatan satu,dua dan empat.

    Sekali lagi NSTC meneruskan pengembaraan menuju ke Kajang untuk menyampaikan kebenaran ilahi kepada masyarakat secara amnya dan para belia khususnya di SMAP kajang.Bersama Dr.Hizul,Mabaj turut  menghadirkan diri setelah diberitahu dari Ketua Perhubungan Luar,Syarikat Neo Sinergi Training Center berkenaan jemputan ini .Ceramah selama 2 jam telah dimanfaatkan oleh Dr.Hizul sepanjang mengendalikan slot beliau.Dalam ceramah beliau ,seringkali beliau menyampaikan hujah-hujah beserta ayat quran kepada adik-adik di SMAP,kajang.

Generasi Bijak Al-quran

    Itulah tajuk yang disampaikan oleh Dr.Hizul kepada adik-adik pelajar SMAP,Kajang.

SIAPA DISINI HAFAL AL-QURAN 30 JUZ?

SIAPA DISINI HAFAL AL-QURAN 10 JUZ?

SIAPA DISINI HAFAL AL-QURAN 5 JUZ?

OKEYLAH, SIAPA DISINI BERAZAM UNTUK HAFAL AL-QURAN?

    Soalan inilah menjadi pembuka bicara antara Dr. Bersama para pelajar.Soalan ini disoal satu persatu kepada mereka tetapi tiada seorang yang mengangkat tangan bagi ketiga-tiga soalan.Namun,apabila sampai kepada soalan keempat terharu Mabaj melihat kesemua adik-adik mengangkat tangan untuk berazam menghafal al-quran.SubhanAllah,masih ada lagi insan-insan muda dalam dunia ini yang penuh kenistaan berkehendak untuk beramal dengan amalan mulia ini.
    Oleh sebab melihatkan kehendak adik-adik ini untuk berazam menghafal al-quran,Dr. Bukan sahaja memberi semangat kepada mereka untuk menghafal bahkan turut menambah agar kita menghayati,memahami,beramal lalu sampaikan kepada orang lain.

    Berapa ramai dalam generasi kita wahai Syabab di bumi ilahi?yang hari ini sudah atau sedang menghafal ayat-ayat al-quran?Seiring dangan umur yang semakin meningkat ini,sudah tentu ramai dalam kalangan kita member ikan alasan untuk mengelak dari menjawab persoalan ini.bahkan bagaimana pula membaca apatah lagi menyentuh al-furqan .Malulah kita kepada adik-adik kecil yang masih muda,walaupun dikelilingi dengan kancah/anasir-anasir  jahat,mereka masih berasa bangga untuk BERUSAHA menghafal al-quran.Alhamdulillah.

APABILA KITA MELENTUR BULUH BERMULA DARI  REBUNGNYA

    Acap kali kita dengar bukan,peribahasa :

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA

     Maksud peribahasa ini,jika kita ingin mendidik anak-anak lebih baik diasuh bermula sejak kecil lagi agar apabila ia menjadi dewasa ia tidak menganggap lagi setiap teguran,ketegasan dan peringatan itu sebagai penghalang atau ugutan buat dirinya untuk bebas.
Begitulah di dalam penyampaian kepada para pelajar sekolah ini,Dr. Turut menyentuh isu-isu seperti couple,menghormati guru,belajar bersungguh dan lain-lain.hal ini kerana umumnya merka ini merupakan pelajar asrama,maka sudah tentu guru-guru dan masyarakat luar mula turut memainkan peranan menjaga si anak-anak kecil ini.Tidak semua kata-kata ibubapa seseorang anak itu mudah untuk menerima nasihat hatta guru-guru juga.Sebab itulah kita sebagai masyarakat luar yang mungkin berkemampuan untuk mendekati harus malah perlu untuk mendekati mereka agar mereka merasakan masih ada yang sayang.
    Perlukah kita menemani mereka?Ya!amat perlu bagi kita untuk mendekati mereka walaupun kita tidak mengenali mereka kerana Allah menyebut dalam Al-Quran,Surah A-hujurat (49:10)

Sesungguhnya,tiap mukmin itu bersaudara.....

  Biarlah mereka itu lebih baik dari kita atau lebih berilmu sekalipun,teruskan usaha untuk menegur mereka kerana MANUSIA ITU TIDAK PERNAH SEMPURNA.

Sebelum Mereka Umpama Keladi

     Tiba sahaja pada saat sesi soal jawab,bertubi-tubi generasi comel ini menyuarakan persoalan yang bermain di minda setelah lama menanti saat ini.Ada yang menanyakan soalan secara lisan malah ada juga yang bertanya soalan secara bertulis.Perkara yang begitu mengejutkan kami ialah soalan mereka bukan calang-calang bahkan ustazah mereka sendiri terkejut dengan pembukaan soalan-soalan
mereka.

      SubhanAllah.Yala!bayangkan yang bertanya semuanya pelajar tingkatan 1,2 dan 4.Begitulah sebagaimana Mabaj katakan,merekaini jika kita mendekati dengan cara yang halus,sopan dan sesuai sudah tentu kita dapat melahirkan /mengembalikan mereka agar terus berada dalam matlamat hidup seorang manusia.

    Ayuh!Sama – sama kita berganding bahu menyelamatkan lebih ramai lagi generasi syabab zaman  era generasi ‘Y’ termasuk diri Mabaj.Teringat diriku akan kata-kata saidina Ali :

Untuk melihat dunia akan datang,lihatlah generasi muda hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...